Biasiswa, Elaun, Pinjaman, Tajaan

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Entry kali nie berkaitan dengan dunia pendidikan bakal guru. UPSIKini sekali lagi  mengeluarkan entry yang menarik minat aku. Korang yang berminat nak tahu boleh klik kat pautan UPSIKini. Kali nie isunya adalah berkaitan dengan biasiswa KPM. Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi UPSIKini, satu konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPTA akan diadakan pada 6-8 Ogos ini bertempat di Institut Latihan KWSP (ESSET), Kajang.

Menurut kenyataan tersebut, MPP Mahasiswa Pendidik akan menyatakan beberapa pendirian mereka terhadap beberapa usul termasuk usul penting iaitu mengembalikan semula biasiswa KPM kepada semua mahasiswa yang mengambil bidang pendidikan di IPTA. Biasiswa KPM telah dibekukan pada tahun 2009 tanpa sebarang kenyataan hitam putih dan sehingga kini masih belum diketahui status permohonan biasiswa tersebut, ulas Koordinator MPP Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar Mohamed Nor.

Katanya lagi, biasiswa KPM wajar diteruskan kerana ianya dianggap sebagai satu motivasi kepada mahasiswa pendidikan di samping mewujudkan persaingan sihat dan membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan. Isu ini akan diutarakan dalam konvensyen yang akan diadakan mulai esok untuk diambil perhatian oleh pihak KPTM.
Itulah serba sedikit isi-isi penting yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh UPSIKini. Boleh saudara/ri pelatih2 IPG meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dalam masa terdekat dan akan datang? Satu persoalan yang bermain di benak hati aku, apakah fungsi MPP a.k.a JPP IPG? Untuk ahli Perwakilan Pelajar IPG, adakah anda mengetahui peranan anda sebagai wakil suara pelajar? Atau anda masih seperti perumpamaan seperti burung dalam kurungan. Hanya mata bebas memerhati tapi tak ada sebarang tindakan dapat dilakukan?

Saudara/ri, aku nak katakan bahawa terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku disebabkan usul ini. Usul ini sedikit sebanyak akan tempias kepada kita penuntut2 IPG kerana kita adalah penerima biasiswa KPM. Kita akan dijadikan mereka sebagai prove atau bahan kepada tuntutan mereka.

1. Kerajaan akan mengeluarkan biasiswa kepada semua mahasiswa bidang pendidikan di seluruh IPTA.
2. Disebabkan seluruh mahasiswa pendidikan menerima biasiswa, maka akan berlaku persaingan antara graduan IPG dan IPTA. Semuanya akan mendapat peluang sama rata dengan graduan IPG untuk posting.
3. Apabila semuanya sama rata dengan graduan pendidikan IPTA, IPG mungkin wajar dipisahkan dari KPM dan berdaftar deng KPTM sebagai Universiti Kolej. IPG bukan lagi anak emas KPM.
4. Sekiranya kerajaan menolak usul tersebut dan terus membekukan biasiswa kepada mahasiswa pendidikan, satu ramalan yang mungkin berlaku adalah, KPM juga akan memansuhkan biasiswa penuntut2 IPG demi kesamarataan antara penuntut2 pendidikan seluruh Malaysia. Tiada lagi keistimewaan.

Ini apa yang terlintas dan terfikir oleh aku. Kemungkinan2 yang akan berlaku pada masa hadapan mahupun dalam jangka masa singkat. Usaha2 mencabar keistimewaan IPG sedang giat dilakukan. Terutama dari segi pengiktirafan MQA terhadap ijazah yang akan dikeluarkan oleh IPG. Adakah IPG mampu bertahan? Adakah MPP IPG akan berjuang mempertahankan keistimewaan ini? Terpulang kepada kita penuntut2 IPG sendiri mempertahankan keistimewaan yang kita kecapi sekarang.

Kalau kita terus hanyut dan leka dengan comfort zone sekarang tak mustahil ianya akan lenyap suatu hari nanti. Secebis idea yang tak seberapa. Sebarang perbahasan amatlah dialukan.

-KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih