Butir Mutiara

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

 
 Aku baru je habis kelas elektrik dan elektronik. Belajar get logik. Last stdy pasal get logik nie masa form 4. Dalam subjek fizik. Enjoy dengan member2 yang bijak2 pasal get. Hari nie kelas mula dari pukul 8 sampai kul 5 petang. Penat??? Hari nie aku tak rasa penat. Malah aku suka dengan kesibukan yang aku hadapi sekarang. Sebab??? Sebab aku lupa untuk memikirkan kesedihan yang aku hadapi. Ya...bukan mudah nak aku lupakan. Tapi aku mencuba sedaya upaya untuk melupakannya.

Takkah aku sayang untuk melupakannya? Orang bodoh saja yang suka melupakan orang yang dia sayang. Habis, kenapa aku nak lupakannya? Sebab, separuh hati aku ada pada dia. Bagaimana aku nak hidup kalau separuh hati aku masih berada pada dia! Aku harus mencari apa yang telah hilang. Mendapatkan kembali hati aku yang telah aku berikan dulu. Tidak mudah. Itu saja yang dapat aku katakan.

Bodohnya aku terlalu mudah menyanyangi benda yang tak pasti. Lebih malang, sayang aku kali ini lebih daripada yang pernah aku sayang sebelum nie. Aku belajar satu perkara dalam hal nie. Kalau kita tak tinggalkan dia hari ini, satu hari nanti pasti dia akan tinggalkan kita. Kalau kita sayangkan sesuatu tu, sayang lah ia sekadar mungkin kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi kesedihan kita.


Dia tidak bersalah. Dia bukan bersalah. Dia berhak untuk hidup dia. Aku tak marahkan dia jauh sekali membenci dia. Jauh di sudut hati aku, dia masih aku sayangi. Aku perlukan masa untuk berfikir secara waras. Aku perlukan masa untuk seimbangkan emosi aku. Ia memang mengejutkan aku. Kerana sebelum nie, tiada apa2 akan berlaku. Itu katanya. Dulu. Sekarang, tidak lagi.

Aku faham dia. Itu keperluan dia. Pergilah. Aku berlapang dada dengan keputusan dia. Demi kebahagiaan dia. Demi masa depan dia. (hahaha...poyos...) Aku berharap kebahagiaan dia berpanjangan. Itu doa aku. Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu lagi. Berhubung lagi. Tapi, biarlah sekadar teman. Tak mungkin akan berulang kisah dulu. Walaupun aku masih menyanyangi dia. Mungkin tika itu sayang aku pada dia sekadar sayang aku kepada teman. Rakan. Kawan.

Sekarang, aku mencari kembali dunia aku sebelum ini. Dunia yang penuh dengan kegilaan. Kebosanan. Dunia yang hanya bertemankan alam. Bagi aku masa untuk mendapatkan kembali dunia aku. Sukarnya mengingati nama seseorang yang baru kita kenal, begitulah sukarnya kita nak melupakan namanya dalam ingatan kita setelah kita mengingatinya. Sukar...sukar...

Buat dia, aku mohon kemaafan dari atas kepala sehingga ke hujung kaki. Aku terpaksa pergi demi kebahagian kamu. Pergi aku dengan doa kebahagiaan bagi kamu. Jika suatu hari nanti kamu berada dalam kesedihan dan kekecewaan, jangan malu untuk hubungi aku. Kerana aku bersedia menjadi pendengar dan menjadi penenang bagi kamu. Hilangnya sebutir mutiara dalam hidup aku.

-KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih