Dari Sana Ke Sini
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Mungkin aku perlu beralih angin. Itu bisik hati aku. Sedaya upaya menyedapkan hati yang sebenarnya sedang dilanda banjir. Disebabkan semalam berlaku ribut taufan yang amat dahsyat. (hiperbola nyer...hahahaha) Dari sana aku ke sini. Berpindah buat sementara. Bak kata pemberita penempatan sementara mangsa banjir. (kah3...) Biarlah apa orang nak cakap, janji aku dapat teruskan hidup dan tak lemas dalam banjir tu.
Apa yang berlaku aku terima dengan pasrah. Sekarang, aku dah boleh menerima dengan pelahan-lahan. Namun, perlukan masa untuk menerima sepenuhnya. Ribut tu secara tiba2 melanda. Sapa tak terkejut dan trauma. (kan3...hahahahaha...) Walau apa pun yang terjadi dan aku alami merupakan pengalaman dalam hidup supaya kehidupan akan datang lebih bererti.
Aku masih mampu tersenyum. (kira ok la tu...hehehe...) Kenyataan tetap akan jadi kenyataan. Dan kita harus menerima kenyataan. Bergembira atas kegembiraan orang lain. Kita tidak mampu mengukir kegembiraan sendiri. Jadi, kenapa tidak kita tumpang gembira atas kegembiraan orang lain. Tanda kita menyokong dan terus menerima dia walau hanya sekadar rakan.
Perasaan sayang ini tidak dapat dilontarkan jauh dari hati ini. Puas aku lontar, tapi macam boomerang. Baling dan ianya akan kembali. Biarlah dia bersama aku setakat mana dia mampu bertahan bersama aku. Dia bahagia aku turut bahagia. Mengapa aku perlu menangis atas kegembiraan orang? Betul tak? Aku hanya dapat menidakkan segala-galanya hanya dengan lidah dan tulisan, namun hati aku tidak dapat menidakkan semua yang aku rasai.
Perasaan sayang...rindu...suara...nama...tidak mungkin dapat aku lupakan. Biarlah ianya luput ditelan masa. Ini yang aku mahu. Bukan kerana pinta dia. Aku tidak dapat bayangkan apa akan berlaku sekiranya jalan ini tidak aku pilih. Biarlah sedikit perit...lama kelamaan akan pulih dengan sendiri. Sehingga kini...suara yang mengatakan biaq pi...masih bergema di telinga aku. (hahahahaha...) Aku hanya mampu ketawa kecil sendirian.
Mungkin itu sahaja tinggalan sejarah yang mampu aku abadikan. Huh...tiada guna meratapi apa yang telah berlaku. Biarlah ia berlalu. Hidup kene terus ke hadapan. Kebahagiaan dia sentiasa aku doakan. Andai satu hari nanti dia hadapi kesedihan dan kekecewaan, aku masih di sini...bersedia menjadi teman...pendengar yang setia kepada dia...tapi cukup sekadar rakan. Kerana aku takut menghadapi perpisahan. Cukup sekadar ini dulu.
-KATA AKU-
"Bukan kata kau"
Ulasan