La Tahzan
Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat ku lalui dengan sempurna...selangkah demi selangkah...setahun sudah pun berlalu...
Jangan bersedih...la tahzan...alhamdulillah...tanpa kita sedari minggu hadapan, 11 Ogos sudah hadirnya bulan yang kita nantikan (sangat2 aku nantikan...) iaitu Ramadhan al-Mubarak. Allahu Akbar...aku betul2 tak sedar yang Ramadhan akan menjenggah minggu depan. Teringat aku suasana Ramadhan tahun lalu. Ya Allah...indahnya...nikmatnya...syukurnya...aku pada setiap malam. Berbuka dengan juadah yang sekadar sahaja namun nikmatnya hanya Allah swt yang tahu.
Aku bersyukur...aku masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan. Seperti bait lirik lagu Harapan Ramadhan, harapan aku semoga Ramadhan kali ini benar2 bererti buat aku dan menjadi Ramadhan yang paling indah buat aku. InsyaAllah. Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau masih memberi peluang kepada aku untuk bertemu dengan Ramadhan. Engkau jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik buat aku. Pandulah aku semoga aku istiqamah beribadat sepanjang Ramadhan dan bulan2 seterusnya. Hanya pada-Mu ya Allah aku memohon.
Ramadhan...aku nantikan kehadiran mu. Ramadhan...aku tagih keberkatan dengan kehadiran mu. Ramadhan...aku rindu dengan nikmat berbuka dalam bulan mu. Ramadhan...aku nantikan kelapangan beribadat di malam mu. Ya Allah...ketemukan aku dengan Ramadhan.
-KATA AKU-
"Bukan kata kau"
Ulasan