Secawan Milo Susu Fenleaf

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

Waaa…milo fenleaf tu…(hek3…=p) Resepi aku sendiri dan ternyata sedap dan berkhasiat untuk tubuh badan. Jom reramai cuba resepi aku cipta nie. Tengah aku sedap2 layan segelas milo fenleaf sambil2 blogwalking, tergerak hati nak update blog nie. Macam nak bercerita sesuatu. Tapi belum decide nak cerita ape. Ermmm…nak cerita ape erk? (merenung ke luar gendela sekejap =\). Wokeh, dah dapat idea.

Korang tengok tak siaran langsung majlis perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang semalam kat tv? Ha…itulah hasilnya selepas kitorang berhempas pulas berlatih 3-4 hari lepas. Pagi, petang, malam…berpanas, berpeluh, berkilat…(apa yang berkilat? Hek3…lu pikir la sendirik…) Semalam, aku habis2an memberi yang terbaik untuk majlis tu. Walaupun pada aku majlis tu tak lah se-grad majlis yang pernah aku ikuti sebelum nie. Masih banyak kekurangan dan kelemahan yang jelas. Mungkin jugak faktor percampuran antara Unimap dengan IPG. Macam tak mach je. However, layan sudah.

Hari nie, aku tak tahu kenapa aku happy sangat. Tak seperti pagi2 sebelum nie. Adakah aku happy kerana aku ponteng satu event rasmi pagi tadi? (wakakaka…mampoih...) Bukan sengaja nak absent, tapi kelemahan tubuh badan untuk bergerak di awal pagi. Semalam sampai asrama pukul 1 pagi. Letih toksah nak bayang. Nak tercabut kepala lutut aku. Sejam lebih kot berdiri. Tu belum campur kibar Jalur Gemilang. Siku, lengan, bahu, lenguh yang amat. Maklum la, nama pun Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kibar dari mula sampai habis majlis. Bayangkanlah…(hahahhaha...)

Sekarang dah menjengah bulan Ogos. Bulan kedua aku kat kampus nie. Bulan kedua jugak untuk semester nie. Apa masalahnya? Masalahnya elaun tak masuk2 lagi. Saving aku pun dah licin. Last kopek. Tinggal pati je dalam saving aku tu. Haishhhh…tension nie. Bila tahun la elaun tu nak menjengah dalam akaun saving aku. Banyak benda yang harus diselesaikan. Banyak perkara yang tengah pending. (baring kejap…)

Hoho…adehhh…terlelap sudah tadi. Baring punya pasal. Idea sudah sentot. No idea anymore. Oklah, itu saje buat setakat nie.

-KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih