Tiada Lagi

Yang indah itu bahasa, Yang manis itu kata, Yang tulus itu hati, Yang mulia itu peribadi. Salam sejahtera dan salam diskusi.

 Sudah lama aku tak meng-update blog nie. Sibuk? Huh...sibuk dengan keje2 yang tak berfaedah. Assignment  sentuh sikit2 je. Bila tahun nak siap. Kurang 3 hari lagi aku dah nak berangkat balik ke kampung. Minggu depan aku dah nak ke sekolah. School Based Experience. Empat hari je untuk sem nie aku di sekolah. Selebihnya duk umah buat persiapan raya. (hahahahaha...)

Puasa aku alhamdulillah, setakat nie berjalan dengan lancar. Cuma kadang2, ade yang terlupa nak buat dan terlambat mengerjakannya. Sahur aku baru tinggal 2 hari. Selebihnya, alhamdulillah berjaya walaupun dengan hanya seteguk sky juice. Guys...di bulan Ramadhan nie banyak fadhilat dan keberkatannya. Besar juga cubaan dan ujian dari-Nya. Setimpal dengan ganjaran yang kita akan perolehi.

Guys...semua manusia akan melalui proses perubahan usia. dari bayi kepada kanak2, kepada remaja, kepada dewasa, dan seterusnya usia emas. Apa yang berlaku adalah satu kitaran hidup yang amat sempurna diatur dan direncanakan oleh Yang Maha Kuasa. Jatuh bangun, suka duka, tawa tangis, merupakan asam garam dan rencah kehidupan.

Apabila kita berada dalam suasana yang selesa a.k.a kegembiraan, jangan dilupa kepada kesempitan dan kesedihan. Kerana ia pasti akan menyusul mengejar keselesaan dan kegembiraan yang kita kecapi. Berkasihlah berpada2 kerana suatu hari nanti mungkin kekasih yang kita kasihi itu akan mengecewakan kita. Kita lupa akan semua ini. Bak kata pepatah Melayu, sudah terhantuk baru terngadah.

Apa yang berlaku...apa yang menimpa diri...hidup harus diteruskan selagi nyawa dikandung badan. Terus memperjuangkan hidup dan melengkapkan diri sebelum Izrail datang menjemput roh kita. Jangan bersedih atas apa yang berlaku kerana disebalik kesedihan yang kita alami pasti juga akan disusuli dengan kegembiraan.

Cukuplah sekadar itu. Aku luangkan 10 minit nie untuk mencoretkan sedikit kata dan rasa hati sebelum aku melangkah ke kelas dengan hati yang kosong dan lapang. Semuanya aku tinggalkan di sini. Sebagai sebuah palitan sejarah hidup aku. Bukan sekali tapi sudah berkali2. Sepatutnya aku lebih tabah dan bersedia. Harap aku dapat laluinya dengan sabar.

-KATA AKU-
"Bukan kata kau"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih