Datang dan Perginya Sang Cinta
Mood: Lite2 sadness.
Surrounding: Alunan musik "Memory".
Tak aku sedar, 23hb kembali bertandang. Menandakan sudah sebulan peristiwa sedih itu berlaku. Peristiwa yang menghancurkan satu perasaan yang tidak pernah dibuat2 dan didambakan. Iaitu SAYANG. Dan disebabkan sayang itulah aku melepaskan dia pergi bersama makhluk Tuhan yang benar2 dia sayangi dan cintai. Aku amat pasti dia amat bahagia tika dan saat entry nie dizahirkan. Namun, kesedihan itu tidak lagi aku rasai. Tapi, luka disebabkan kesedihan itu masih berbekas.
Walaupun perhubungan itu tidak berpanjangan, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia. Dapat mengenali dia, berbual dengan dia, dan yang paling aku puas hati, aku dapat buatkan dia ketawa. Hahahaha...hanya kenangan itu saja yang ditinggalkan dia kepada aku. Entah sampai bila ianya akan terpahat dalam ingatan aku. Masa telah membuktikan bahawa segala macam perasan yang aku alami akan terhakis dan luput dalam ingatan. Ya, hanya bekas tinggalan kesedihan itu saja yang masih tinggal. Tiada lagi kesedihan.
Dari hari tersebut, aku berusaha mencari kelemahan diri. Yang aku temui, manusia banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, bersyukurlah kerana Tuhan memberikan kesempurnaan fizikal dan mental untuk menjalani kehidupan seperti yang sewajarnya. Kasih dan sayang tidak terletak pada harta yang kita miliki tetapi pada jiwa yang kita miliki. Kerana itu saja yang akan kekal sehingga nafas terakhir. Aku percaya pada cinta. Namun, aku gerun pada perasaan sayang. Kerana sayang membuatkan kita terawang-awangan. Aku akan terus bersabar mencari cinta yang dijanjikan Tuhan kepada aku.
Aku masih di sini memperbaiki kelemahan diri dalam mencari sebuah kehidupan yang sempurna dan bahagia. Belajar dari kehidupan manusia yang bahagia.
Adiosss...
Ulasan