Makan Lalak Balik
Hah...ape jadah lak lalak tu? (hek3...) De unsur2 suspender tak? (hak3...) Okeh, cerita mula. Hari nie hari Isnin. Hari bagi segala permulaan bagi setiap minggu bekerja. (kecuali 3 negeri alternatif. bleh?) Seperti biasa, kemalasan untuk bangun awal ke kuliah sudah menjadi kebiasaan dan lumrah dalam hidup aku. Dipanjangkan citer, semalam hari Ahad. Hari cuti kat negeri Perlis tapi hari kerja kat negeri Kedah. Asal aku cakap belit2 tak tau. (kah3...) Terima Kasih kerana sudi membaca dan terus membaca dengan ghairahnya. (hek3...)
Okey2...tak nak menyeksa kalian semua. Aku straight to da pointer. Semalam aku pegi open house classmate aku. Nor 'Ain nama die. Kitorang panggil dier No-ain darham. (hahahahaha...ampun2...) Sebab pe darham? Ha...itu yang kiter tak tahu. (kah3...) Sambung balik. Umah dier kat Alor Setar. So, agak jauh untuk aku ke sana. Maklum la, aku bukannyer ade kenderaan sendirian berhad. harap ehsan member2 je. =( sob3... Jadinya, aku tumbang kete member aku sorang nie. Perempuan.
Dalam kete tu de 3 orang. 2 pompuan and sah2 sorang tu aku. Lelaki. (hek3...) Speechless aku di watnyer. Bukan tak kenal diorang. Kenal. Dak2 course aku gak. Tapi pompuan kan. Aku nak sembang jadah mende. Sembang gitu2 jela. Nak sembang lebey2, payah lak nanti. Aku kan seorang yang pemalu. (hak3...) Tapi sungguh dowh...aku pemalu dengan gadis2. Tapi, ramai yang tak percaya. Setakat usha2 awekz2 tu bleh la an3...nama pun laki an3...Bile nak bersembang, hah, tergaru sana, tergaru sini.
Seterusnya, bertolak (sampai bile nak sampai...) kul 12 lebey dengan kenderaan mewah dan bernilai tinggi keluaran Perodua, iaitu Kelisa (mahal tu ikan kelisa...hek3...) dalam suasana damai sekali. Aku kat belakang hanya dengan dua orang gadis2 tu berceloteh. Sesekali aku melayangkan pandangan aku ke luar melihat hamparan sawah padi yang sedang bertakung air. Bukan taste aku nak menyampuk citer diorang. Kalau sembang bab kete ke...moto ke...citer2 lorong2 gelap a.k.a bilik2 gelap memang aku laju. (kah3...kuning punyer orang...)
Sesekali perot aku berdisco. Adehhh...harap2 sampai umah Ain nanti dier dah hidang semua makanan atas meja. Maklum la, tak makan pe2 pun sebelum kuar hostel tadi. Harap makanan kat umah dier je nanti. Isi puas2 tangki perot aku yang seluas 4 partition nie. (heheehe...) Kitorang sampai lebey kurang kul 2 lebey kot. Selepas semua hidangan siap terhidang atas meja, aku pun tanya tuan rumah a.k.a Ain darham. "Nak tunggu diorang dulu ke?" Dengan sopan dan bertatasusila nyer anak Pak Bakar nie tanye. Cover sket kegelojohan aku yang tengah kelaparan. Ain darham pun jawab, "Makan la dulu. Diorang lambat lagi nak sampai." Hah...itu jawapan yang kiter mahu. (hahahahahhaa...)
Ape lagi, pinggan di pegang, tudung periuk dibuka. Fuyooooo...nasi tomato bai. Layanzzz. Cedok bukan main menggunung. Mase tu tak terpikir kalau2 tak habis makanan yang aku cedok. Ingat nak kenyang je. Perot tengah kosong. Ade ayam masak merah (kot. sebab aku tak makan.), sotong (beso2...memang kaut habis...), jelatah, tomyam. (de lagi tak lauk yang aku tak sebut?) Hah, itu je yang aku gat and sempat aku makan. Perhhh...masyuk beb rasenye. 2 kali aku tambah nasi. Aku peduli hape member2 aku tengok aku makan banyak. Yang makan aku. Nak gemok pun aku. Tak de mase nak cover2 makan sikit. (hahaha...) Janji kenyang. Oh, lupe lak aku nak cter. Mase aku sampai umah Ain nie, masih de classmate aku yang belom sampai. Inilah yang dinamakan MAKANNNNNN....
Okeh, lepas kenyang, aku pun berangsur lah. Gadis2 tu nak g jalan2 Alor Setar lak. Aku jadi body guard diorang la hari tu. Hah, gadis2 nie nak layan karok lak. Huhu...aku pun layan la sekali. Hentam sampai tak de suare. Serak suare aku diketika itu. (hahahaha..syial...) Tapi, habis gak 5 buah lagu. Memang puas hati. Dah lama kot aku tak karok. First aku hentam lagu lagu ape ntah. (hahaha...sori beb, bende lagho ni memang susah sket aku nak ingat...hek3) Yang pasti, aku dapat nyanyi lagu Hujan dengan Wali. Memang puas the hati la orang arab cakap. DugaanNya by Hujan and Cari Jodoh oso Yank by Wali Band.
Kebetulan...hah, nak mula thriller dah nie. (hek3...) Sebelah box kitorang de 2 orang awekz Alor Setar. Nak karok jugak. Box kitorang berkembar. So tengah2 de cermin. So boleh nampak la ape yang kiter wat dalam box tu. Sorang bertudung, sorang freehair. (free bukan bermakna percuma erk..hehehe...) Apa yang aku nak citer bukan pasal rambut. Tapi pasal gadis2 tu. Dua 2 bleh tahan. Tapi yang menawan yang freehair. (kah3...sengal) Tapi sungguh beb.
Aku cair r tengok dier. Manis 2 ada la bak kata mak aku. Lame gak aku tengok dier. Lame2 dier perasan kot. Die 'reling' (paham dak? orang kedah faham la loghat nie...heheehe...) Bahasa standard cakapapa tak tau. Hang pa paham2 sendiri la kot. Tak paham jugak pi cari orang kedah tanya reling tu pa maksud. Susah sangat aku nak explain. Belom sempat aku senyum, dia dah toleh lain. Syial. Tak pe. Tak de hal lah. Aku bukan kenal ko pun. Ntah awekz orang ke aku tak tahu. Mahu tengah kenyit2 mata balak dier mai penabuh aku, separuh nyawaku pergi. (kredit tu Anang Separuh Jiwaku Pergi)
Tengah aku nyanyi lagu Wali bertajuk Yank, aku terperasan dier tengok aku. Aku toleh. Dier cepat2 pandang tempat len. Damn. Time aku tengok ko, ko tak toleh. Time aku melalak, ko tengok lak. Memang malu tol itu gadis. (hahahaha...) Perasaan aku je kot. Biar lah. Tapi siyes, aku tak bohong (memang aku tak pandai bohong...ha3) dier memang manis. Beruntung la sape yang dapat dier. Ceewwaahhh...he3...Okeh...Itulah yang dinamakan LALAKKKKK...Kata dasar bagi melalak. (kot kata dasar...hahahha...)
Setelah berpuas hati beradu suara, kitorang pun angkat kaki balik hostel. Jam dah pun menunjukkan kul 6 lebey. Penat. Letih. Kenyang. Sejok. Semua ado. Sampai hostel kul 8. Mandi2 and rehat kejap. Pastu tido. Itulah kisahnye di hari minggu. Ape kes aku citer semua nie? Kalau aku tak citer semua nie, aku nak cari idea ape nak update blog kesayangan aku nie...an3...Citer pi lah apa yang aku leh cita.
Adiosss...
Ulasan