Outstation
Alhamdulillah, 1 daripada 3 assignment dah siap and submitted. Lapang rasa dada. Hati pun ada senang sikit. Tinggal lagi 2 assignment yang nak kena siapkan dan hantar dalam minggu depan. Hari nie plak, aku kene pegi Jitra untuk program BIG. Program Simbiosis Kasih namanya. Di Universiti program macamkitorang ne dinamakan Bakti Siswa di mana semua mahasiswa diwajibkan menjalani aktiviti kemasyarakatan dan mencurahkan bakti kepada penduduk setempat.
Di IPG pun ada jugak aktiviti macam tu. Cuma nama ja lain sikit. Kali nie kitorang akan mendapat keluarga angkat. Program berjalan selama 3 hari 2 malam nie, bertempat di Kg Lahar Mukim Malau, Jitra, Kedah. Kampung mentor aku sendiri. So, dia tak putus2 mengingatkan kami supaya menjaga tatasusila dan adab sepanjang program nie berlangsung. Mana tak nyer, kampung halaman dier. Kalau kami buat onar sikit, gerenti dier malu. Semuaorang kampung kenal dier. Apa pun, kitorang akan sedaya upaya menjaga nama baik profesion, nama baik IPG serta nama baik mentor tersayang.
Perasaan? Macam2.Bercampur baur. Happy sebab dapat keluar dari kampus nie menjalani aktiviti lapangan serta dapat lari dari tekanan dan kesibukan kerja. Resah sebab masih ada 2 assignment yang belum siap dan minggu depan dah nak kena hantar. Takut sebab Selasa minggu depan jugak aku dah nak amali Elektrik dan Elektronik. Entah la. Semua tu mainan perasaan. Aku kene kawal perasaan2 nie sebelum perasaan menguasai aku. (hahahahha...)
Disebabkan itu, aku terpaksa tinggalkan sekejap dunia hujung jari aku nie buat seketika. Mungkin hari Ahad aku akan online balik. Mungkin jugak selepas amali. Tengoklah yang mana ada kelapangan. Ok kawan2, aku kene berhenti dulu. Doakan keselamatan, kesejahteraan dan kelancaran ke semua aktiviti yang perlu aku lalui sepanjang minggu nie dan minggu depan. Take care.
Adiosss...
Ulasan
mmg seronok...dh 2 kli wt progrm kluarga angkat...yg xbest, mse nkblik, semuamak2 nangis...adoiii...merah gak r bijik mate....hek3
selamat suda...syok habis...tringat lg kt mak, ayah and adik2 angkat...huk3