Perginya Permata Suci
Tika aku sedang leka menyiapkan assignment, aku dikejutkan dengan pesanan ringkas dari bonda tercinta. Bonda memberitahu yang bonda, ayahda dan kakanda2 aku dalam perjalanan pulang ke kampung. Mak saudara aku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang dikandungnya. Berapa bulan aku tidak pasti. Alhamdulilah. Ibunya selamat. Tetapi, Allah Maha Berkuasa. Bayi yang dilahirkan petang tadi telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam tadi.
Sayu hati aku mendengar perkhabaran yang disampaikan bonda melalui sms. Hampir menitiskan air mata. Bagaimana ayah dan ibunya menghadapi ujian sebesar ini? Bagaimana sekiranya aku ditempat mereka berdua? Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan mereka. Walaupun telah dikurniai 2 cahaya mata, kehilangan anak ketiga tidak dapat menghapuskan perasaan sedih. Aku pasti dan cukup pasti. Namun, aku percaya bahawa ibu dan ayah mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Sedikit emosi aku terganggu. Sayu. Sedih dengan pemergian sepupu baru aku. Tapi aku bersyukur, dia pergi dengan putih suci. Tiada cela. Tiada dosa. Abadilah kau di sana bersama2 para solihin. Terpisahnya kau dengan ibu dan bapa mu di dunia tetapi akan bertemu mereka di syurga yang abadi kelak. Beruntunglah ayah dan ibumu kerana kehilangan anak mereka di dunia tetapi akan memilikimu di syurga kekal abadi. Semoga jasadmu disemadikan dengan tenang dan rohmu dicucuri rahmat-Nya. Perginya sebutir permata yang suci bersih bertemu Penciptanya.
Al-Fatihah...
Ulasan