Serabut Sabut Selerat
Ooohoooooiiiii...Hari nie hari Jumaat. Complete seminggu aku kat kampus selepas balik dari cuti raya minggu lepas. Tinggal lagi sebulan lebey aku nak tamatkan semester nie. Adeh, asal la aku rasa seksa sangat nak habiskan sem nie. Malas nak fikir pasal lamabat cuti. Buat sakit hati. Menghitung hari~~~Detik demi detik~~~ (hahahhaa...) Okeh. Aku nak cerita kan apa akan berlaku pada hari2, minggu2 dan bulan2 akan datang.
Pertama, minggu depan aku outstation ke Kedah untuk program Bina Insan Guru selama 3 hari 2 malam. Program berbentuk anak angkat nie adalah kursus wajib aku tiap2 sem sehinggalah tahun depan. Aku akan bertolak 30hb September dan balik semula ke kampus tercinta nie pada 2 Oktober. (insya-Allah) Sebelum nie aku dah dapat 1 keluarga angkat area2 Perlis jugak. Masa mengikuti program rakan muda. Dan kali nie dapat lagi 1 keluarga angkat kat area Kedah plak. Huhu...tak tahu lagi macamana keluarga angkat aku nanti. Harap dapat mak ayah angkat yang sporting and baik hati. (hehehehe...)
Seterusnya, pada 4 dan 5 Oktober, aku akan menjalani amali. Amali apa? Amali elektrik dan elektronik. Persiapan? Beressss...belum buat apa lagi. (wakakakka...) Aku pun tak tahu la ape nak jadi dengan aku. Tapi yang pasti korang kene tahu pasal aku adalah, aku tersangat sibuk nak siapkan assignment. Itu yang pasti dan tepat lagi betul. Tak de dakwa dakwi lagi. itu kene buat, ini kena buat. Macam2. Hasilnya, student2 kat kampus nie kepala serabut lebih dari sabut kelapa. (hiperbola sket...hehehe) Namun, aku tetap sabar menghadapi semua nie. (ceeewaaahh...) Lagi 2 tahun lagi. Kejap je tu. (cube menyedapkan hati sendiri..)
Okeh, selepas amali aku akan outstation lagi sekali untuk perkhemahan unit beruniform. Bile? 2 minggu selepas aku amali. Iaitu pada 19 sampai 22 Oktober di Pusat Latikan Kokurikulum Timah Tasuh, Perlis. Jalan nak ke Padang Besar. Aku pun tak pernah pergi lagi pusat nie. Nie la first time aku berkampung kat sana. Sebelum nie camping kat Pangkor. Tepi pantai woooo...besttttt...hehehehhe...Kali nie tepi tasik plak. Kolam tadahan air kot kalu tak silap aku. Kalau silap pun tak pe. Aku bukan orang Perlis. (hehehe...) Walaupun dah 3 tahun duk ngaji kat sini.
Okeh, selepas je dari perkhemahan tu, baru la aku bleh bernafas sikit. Sikit je tau. Sebab lepas tu aku dah nak exam. Haaaa....ko tau kan macamana keadaan dak2 IPT kalau nak exam. Buku bertimbun2 la atas meja nak mentelaah semua topik2 dari mula masuk sem dulu. Mula2 masuk dulu mengebat, tak nak ulangkaji sikit. Hafal mana yang patut. Hujung2 baru nak menggelupor kepanasan. Tak cukup 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Mase tu bleh nampak la mata sape yang merah, dark circle, kepala mengembang (aku suka istilah nie...hehehe) dek terlalu banyakilmu disedut dari buku, dah tak kenal siang malam, macam2 lagi lah.
Huhu...tiap2 sem macam tu la rupenyer aku. (hahahahha...) Tak serik2 nak study awal2. Tapi, itulah dinamakan arts of study. (hek3...) Bukan nama student kalau tak study last2 minutes. (hehee...) Tapi, saat study week la yang paling best dan didambakan. Tak de kuliah. Duk terperap dalam bilik ngadap buku je. (yeke ngadap buku...hek3...) Mase nie, terdapat banyak pesta yang akan berlangsung. Antaranya, pesta taik mata (ini yang pasti...), pesta movie (second pesta yang meriah...), pesta game (bagi kaki game...), pesta balik kampung (bagi mereka yang tak sabar nak cuti sem...) Tulah pesta2 yang dirayakan sepanjang study week. Meriah kan?! (hahahahhaha...)
Adeh...dah masuk Isya'. Jari pun dah lenguh menaip. Esok lak aku sambung. Malam nie plan nak basuh baju and siapkan assignment yang nak kena submit next week on Wednesday. Harap aku gigih dan tabah menyiapkan semua tugasan. Jaga diri baek2 erk.
Adiosss...
Ulasan
tahu takpe.
study last minit baru gempak !
:D
tau xpe...stdy awl pn, result mcm stdy lmbt jgk...bek stdy lmbt tros...an3...hehehe...tq visited my blog...hek3...