Today is Wednesday

Urrrppp...alhamdulillah. Mood, kekenyangan. Sebab? Baru lepas makan la. (hek3...) Baru je balik dari open house kat umah keluarga angkat. Kampung diorang de wat majlis jamuan hari raya. So, diorang jemput la aku serta member2 kelas yang pernah jadi anak angkat diorang datang. Agak banyak la makanan diorang sediakan. Gerai2 yang menyediakan juadah adalah wakil dari komuniti bestari dalam kawasan Parlimen Padang Besar, Perlis.

Ada dalam 9 buah gerai dengan 9 jenis juadah. (hahahahaha...) Apalagi leh wat kalau gi umah terbuka kan...makan sampai mengah la jawabnyer. Aku makan apa? First aku makan nasi goreng dengan telur goreng. Second, mee goreng. Third, roti jala. Forth, roti canai. Fifth, lemang. Sixth, bihun sup. Bihun sup tu kire penutup. (hek3...) Perut dah tak leh terima lagi dah. Totally full. Apa yang dihajati telah tertunai. Apa lagi tunggu, balik la. =) Assignment kat bilik sedang menunggu. Esok nak kene present. Tunggu apa lama2.

Pagi esok plak ade majlis kat dewan besar. Jabatan aku yang kene handle. So, pagi2 esok aku dah kene terpacak kat dewan. Floor manager. Hamik ko kerja yang paling best. Esok, sah2 aku dengan budak kelas kene cari kerusi tambahan. Dah la kerusi tak cukup, dewan lak kecik molek. Panas tak payah nak cerita. Kalau pakai inner, balik bilik inner tu boleh diperah. (hahahahah...) Bile la dewan tu nak dipasangkan aircond.

Haaaa...itu perkara yang tak best esok hari. Yang best lak esok, pas majlis tu Kelab Rukun Negara (kelab gara2 1 Malaysia...) buat jamuan raya. Kat depan astaka. Start pukul 10 pagi. Aku rasa tak dan kul 10, dah ramai student g serang. Mampos ko kalau kul 10 semua student g makan. Dah la student 1000 lebih, boleh bayang kalau beratur berapa lama baru nak dapat makanan? Huh...tak sanggup aku. Aku akan gunakan tiket seniority aku tuk dapat keistimewan itu. (hek3...ketawa jahat...)

Adehhh...jam dah kul 1 pagi. Mata aku pun dah kuyu. Presentation esok, baru siap separuh. Sambung esok lak. Malas aku nak bersengkang mata siapkan bende alah tu. Esok sempat lagi kot. Tak banyak. 5 slide je. (hehehehe...) Arghhhh...mata dah ngantuk. Tak dapat tahan lagi. Penangan open house tadi la nie gamak nyer. Ok guys...aku baradu dulu.

Adiosss...

Ulasan

Zack Azrin berkata…
aha...tahniah krn anda org ptama yg komen...hek3...dh lama tak update...xde spe dh nk tgk blog ak nie....sob3 =(

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih