3 dalam 1 bukan nescafe
Salam muhibbah semua. (hahaha) Sedar tak sedar dah 2 hari aku tak update blog nie. Apa masaalah nyer? masaalah nyer banyak. Ada 3 masa-elah. (hehehe) Nie yang aku nak citer nie.
Dalam entry yg lepas, aku de cakap aku kurang sehat. So, kemuncak nyer khamis lepas aku absent 4 hours lecture. Sebab badan aku panas and tak berapa nak berdaya melangkah ke bilik2 kuliah. Aku korbankan attendant aku yang direct attend sepanjang sem nie. Ape nak wat, darurat. Kalau full attend kuliah pun, bukan de anugerah pelajar rajin ke kuliah.
So, hari tu aku rehat je kat bilik. Golek2 atas katil. Buat taik mata. Hari Jumaat lak aku de test. Pagi kul 10. Malam Khamis de ilham turun dari langit. Tajuk2 yang mungkin keluar dalam test. Aku punya pulun malam tu study. Tapi tak pulun mane sangat, sebab badan tak sehat. Sepintas lalu je aku baca nota. Then, Jumaat pagi2 lagi terconggok kat depan dewan besar.
Bismillahirrahman Nirrahim. Fuh...kertas soalan diselak. Ya rabbi...ape nie? Soklan ape yang aku nak jawab nie. Punyer la susah. Semua yang aku baca malam tadi semuanya masuk. (hehehehehhe) Alhamdulillah, semua soalan aku dapat jawab. Tapi betol ke tak aku tak tahu la. Yang pasti nyer, semua yang aku baca dan hafal, semuanya masuk. Syukur...dipermudahkan urusan aku. (hehehehe)
Dan hari nie, program snap2 photo plak. Mula dari kul 8 pagi sampai kul 9 malam. Hadoiii...seharian dalam coaster jalan sana jalan sini. Keje tangkap gambar je. Semuanya sebab silibus. Nak kene wat amali tangkap2 gambar nie. Walaupun penat, aku tetap enjoy. Boleh jalan2 pusing Perlis. Tempat yang aku gi adalah Tasik Timah Tasoh, (gambar tasik...) Wang Kelian, (pertengahan jalan je...ambik gambar kat kawasan bukit...cantik woooo...) Padang Besar, (kawasan perniagaan bebas cukai) Bukit Jerneh, (kawasan rekreasi kecik je and kawasan gua batu kapur) dan terakhir di Kuala Perlis (tengok sunset).
Memang letih tapi enjoy sebab bersiar2 secara percuma. Cuma makan je bayar sendiri. (hehehe...) Aku dapat update setakat nie je. Letih sangat. Gambar2 nanti aku upload esok. Insya-Allah.
Adiosss...
Ulasan
bagus lah.
dpt jawab.
XD
alhamdulillah la...
ilham tu tepat...
baca2 and masuk lak...
memang best...jawab 45 minit je...hehehehe