D-5

Hari nie pagi2 lagi dah hujan. Hujan lak time hujung2 subuh. Dekat2 dengan waktu kuliah. Damn it. Nak tarik selimut takut terlajak. Gigih jugak la aku bangun gi mandi dalam kedinginan pagi. Lambat nyer nak habis ahzab bangun awal pagi. Cik holiday, cepat la datang. Rindu sama kamo. Hari nie aku lengkap seragam pengakap. Setiap Rabu aku akan lengkap beruniform. Kegiatan koku.



Sampai je kat PULAKO, hampir2 nak perbarisan hujan turun dengan lebatnyer. Damn. Kalau aku tarik selimut tadi kan bagus. Bukan ade perbarisan pun. Hari nie just perbincangan pasal perkhemahan minggu depan dan nyanyi2 lagu. Cam kanak2 riang lak. However, its funny k. I'm enjoy it. Release. So release. Pas selesai semua, balik bilik lepak. Dah tak de kelas dah rini. Esok lak de kelas. Hoho...so happy. (hehehe)

Untuk pengetahuan korang, aku ade kem tahunan Jumaat nie. Kem ape? Kem Tahunan Rejimen 504 Askar Wataniah. Aku sukarela AW beb. Korang caya tak? (hehehe) Dah 2 tahun. Banyak pengalaman yang aku timba. Lagi pun, aku memang minat. Darah askar ayah aku de jugak mengalir kat darah aku. Cita2 nak jadi pegawai tentera. Tapi SPM macam ngan ape lagi, tak layak terus jadi cikgu. (hahaha)

Memang enjoy. Seronok sangat jadi askar nie. Walaupun terok tapi best de kawan2 yang giler2 and so close when we are in trouble or happy time. Sahabat. Susah senang sama2 tanggung. Sorang wat masalah semua kene. Itu yang diterapkan dalam tentera. Saling bergantungan. Bersatu padu dan bekerjasama. Satu pengajaran yang baik yang tak dapat aku tinggalkan adalah setiap kali berjumpa dengan "skuad" mesti salam. Berjabat tangan.

Itu trademark tentera. Kalau korang tak caya, korang perati tengok anggota2 tentera. Dalam kem mau pun luar kem kalau jumpe mesti jabat tangan. That my habit till now. Satu tabiat yang dipupuk dan diterapkan kepada aku dan 'skuad'2 masa latihan perajurit muda dulu. Sebulan kitorang di train menjadi anggota tentera terlatih dan berupaya untuk diatur gerak pada bila2 masa. Waaaa...jauh nyer aku menyimpang. Aku nak citer pasal laen. Nie citer laen lak yang keluar.

Back to the thema. (hahaha) Aku dalam delima. Bukan buah dilema k. Hati nie berpecah belah. Bukan  jugak sebab baru putus cinta. Tapi sebab nak pergi atau tak kem tu. Ade beberapa kekangan yang membatasi aku untuk pergi. Tapi, orang cakap kalau kiter tak atasi macam mana nak release kan? Tapi aku tak nampak camne nak release kan kekangan nie.

First, lapor petang jumaat. Portfolio nak kena hantar hari isnin. Aku satu habuk tak wat lagi portfolio tu. Tak sempat rasa nak siapkan kalau aku pulun buat dari sekarang. 3-4 hari gak makan masa nyer. Ko ngat siket wat protfolio?

Kedua, baju2 yang diisu kat aku mase rekrut dulu dah semakin mengecut. Aku tak mintak isu yang baru. Baju loreng aku dah mengecut. Dah la kecut, semakin pendek plak tu. Kalau pakai, macam aku pakai kebaja ketat. (hahahaha) Fit and slim nak mampos. Nasib perot je xterbojoi. (kah3) Adoii...masalah besar tu. Sah2 baju loreng tu nak kena pakai nanti. Kalau pakai jugak, memang jadi bahan r nanti kat kem. Korang yang pernah masuk kem tentera and training tentera korang tau r kan camne kena bahan. Yang bukan2 kuar nyer. Tak tercapai dek akai pun boleh jadi.

nie gambar masa hari terakhir rekrut dulu...tahun 2008

Third, perkhemahan koku. Dah la khemah 19 Oktober. Kalau aku gi lapor kem tahunan, 18hb petang aku balik IPG and 19 gi perkhemahan koku sampai 22. 23 ade hari koku. 24 baru lapor masuk balik. Masalahnya, aku AJK Tugas Khas perkhemahan koku. Ketua lagi. Kalau aku tinggal kat anak buah, nanti de pape hal mase camping aku jugak yang kene paku. Masalah jugak. Nak tinggal pon tak harap. Hadoiiii...cmne?

Banyak gi kekangan laen. Malas aku nak taip. Lenguh dah tangan. So, camne erk? Adoiiii...nak gi ke tak kem tahunan? Nak gi ke tak...nak gi ke tak...nak gi ke tak...hurmmmmmmm...dilema tol...

kumatkamit: jiwa aku tetap askar beb walau aku tak berapa aktif turun latihan. banyak keje kowt.

Ulasan

Zack Azrin berkata…
@ Fitz:
ape yg wow fitz?
huhu....
Zack Azrin berkata…
@ Hamzah:
apeeeeeee?
Hizami Li berkata…
haha.
bagus2.
XD
jd askar yg best okay ?
Zack Azrin berkata…
@ Zami:
ehhh...z la yg paling best dlm kem tu...
wakakakka...
perasan kjap...

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih