Kesedihan dan Peluang



2,3 hari nie banyak blog yang aku baca menceritakan pasal percintaan la...perkasih-kasihan la...kebahagiaan la...Kadang2 benda macam nie membuatkan aku terfikir sendiri. Okeh, before aku start the story aku nak bagi tahu yang entry kali nie tak de kene mengena dengan sesiapa pun. Yang hidup ataupun yang masih mati. Nie semua kisah2 lama yang sengaja aku nak kongsikan bersama.


Okeh, korang sedar tak yang selain 'dier' yang menolak atau mengkhianati percintaan korang tu masih ada yang menanti akan diri korang? Korang sedar tak yang masih menunggu korang tuk dimiliki? Korang perasan tak yang ade orang cuba menarik perhatian dan ambil berat pasal korang? Korang takkan perasan punyer. Sebab korang asyik duk teringat kat 'dier' yang telah ditinggalkan. Kenapa masih nak ingat dier?

Memang betul, dulu korang dengan dier saling kasih mengasihi, sayang menyanyangi. Tapi itu dulu. Sekarang tidak. Kenapa masih mengharap pada yang telah pergi? Kenapa tidak diberikan peluang kepada diri korang dan orang yang berada di sekeliling korang untuk menyanyangi diri korang? Mungkin yang berada hampir dengan korang itu lebih sayang dan mampu memberi kebahagiaan kepada korang? Siapa tahu?

Orang yang putus cinta nie kadang2 tak nak mencuba. Tak nak memberi peluang kepada insan yang berada hampir dengan dia. Dia hanya nampak manusia yang kian menjauh. Baik, sekarang cuba korang tengok sekeliling korang. Ada tak insan2 yang cuba mendekati korang? Ada tak insan2 yang cuba mengambil berat pasal korang? Pastikan bukan yang palsu dan berpura2. Pada aku, tanya hati. Sebab hanya hati je yang arif pasal hal2 macam nie.

Sedar tak yang insan2 tu sekian lama memendam rasa terhadap diri korang? Betapa tidak jemu nya dia menunggu korang menerima dirinya sebagai seseorang yang istimewa. Guys, bagi la peluang pada dia untuk memberikan kebahagian dan kegembiraan dalam hidup korang. Mungkin dia ikhlas. Hargailah mereka yang berada di depan mata sebelum ia menghilang jauh dari pandangan. Bersyukurlah kerana masih ada yang menyanyangi dan menanti diri korang. Bagilah dia peluang.

Adiosss...
kumat-makit: sedikit luahan perasaan aku...trying to grab the chance...i want u...

Ulasan

Mashe berkata…
saya manusia kejam ; x kan ada peluang!
:P

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih