Pergi dan kembali

Salam kerinduan kepada semua. (hahaha) Wah, dah seminggu aku tak update my lovely blog nie. Love u so much. Ape nak buat, kesibukan dan ketandusan bait2 kata indah membataskan kerajinan aku nak update blog nie. Ape pun, hari nie aku mempersetankan semua anasir2 yang cuba menggagalkan aku meng-update blog nie. Kerana rindu aku pada korang dah tersangat menebal dan tidak tertahan lagi untuk aku tanggung. (wahahaha)

di sini kisah bermula...




First story yang aku nak mory2 (wah, jahanam bahasa ibunda Bushit...kah3) kat korang pasal perkhemahan aku minggu lepas. (huhu) Perkhemahan pengakap adalah yang ter'baek' wa cakap lu. Tak pernah dalam sejarah hidup aku hari pertama sampai kat tapak perkhemahan, perasaan nak balik membuak2. Perkhemahan kali nie yang pertama. Fuh...ahzab...

 
Apabila wujudnya double standard common, semuanya akan hancur. Itu yang aku belajar dari camping tu. Selain tu, apabila mencampur-baurkan kedudukan jawatan dan pangkat yang dia ada di peringkat atasan dengan jawatan dan pangkat di peringkat pelaksanaan camping, akan menimbulkan kucar kasir yang teramat dahsyat. Memang shit. Sori guys, selepas nie penceritaan aku akan mengandungi unsur2 kecelakaan tahap action kamen yang terlalu melampau. Ibu2 dan bapak2 yang sedang mengandung dinasihatkan bersedia untuk memberanakkan kandungan masing2. (hahahha)

Dalam camping nie aku kategorikan kabilah2 yang berkuasa nie kepada 3. Kabilah pertama adalah kitorang. Kabilah yang paling bawah dan tertera di dahi kitorang motto "YANG MENURUT PERINTAH". Kabilah ke-2, kabilah yang tertera kat dahi diorang "BAJET PENYELAMAT KEADAAN". Dan kabilah yang paling MFS (short form for MOTHER FUCKER SHIT) adalah "KATIK YANG AMAT CIBAI". (Mintak maaf pada mereka2 yang tergolong dalam kabilah2 nie.) (huhu)

Hari pertama si KATIK dah mula menunjukkan taring dengan mengarah itu ini melampaui kuasa2 dan arahan2 ketua camping. Bajet dia berkuasa besar. Arah kitorang ikut suka hati dia. Membelakangi ketua camping kitorang. WMF (What Mother Fucker). Disebabkan langkah pertama dah silap, rosak camping kitorang sampai hari ke-4. Apa yang kitorang belajar dari camping nie?
Hari pertama ubah khemah dan buat gajet dengan bersungguh2. Hari ke-2 runtuh gajet2 yang dah disiapkan dan sekali lagi ubah khemah. Untuk ur pengetahuan (penin...hahaha) gajet2 tu disiapkan sehingga lewat malam k. Malah, ada yang tak tidur disebabkan nak siapkan gajet tu. (gigih nyer kitorang) Alih2, tak sampai 24 jam gajet tu tertegak dengan megahnya, dah kene runtuh. Korang rasa berbaloi tak usaha korang berjaga tengah malam siapkan gajet tu?

 nie pintu gerbang camp site PEK kitorang...
siap berdiri dengan megah tengah malam 19 Okt 2010...
kejatuhan pintu gerbang nie seawal pagi 20 Okt 2010...
ada ka patot?!!!

Si "BAJET PENYELAMAT KEADAAN" a.k.a boroi, pagi2 buta hari ke-2 keluarkan arahan ubah khemah ikut sekawan dan pek yang baru. Dengan alasan hari pertama adalah peringkat pengenalan dan hari ke-2 hingga hari ke-4 baru merupakan peringkat MANIKAYU. (bullshit) Korang ingat kitorang nie kanak2? Sungguhpun kitorang peringkat Pengakap Kanak2, pemikiran kitorang bukan kanak2 ok! Boleh berfikir dah beb. Ko gat dengan alasan tu boleh menutup kesilapan yang si KATIK buat? (huh)

 hasil titik peluh sekawan PEK 5...
bertahan sekejap cuma...sob3

Bila dah ubah khemah, that means gajet pun kena la buat yang baru. Tak ke keje bodoh? Aduhai, nie yang ketua camping kitorang cakap berbezaan kognitif antara individu. Setiap individu mempunyai tahap kognitif yang berbeza. (huhu) Nasib masa breaking camp si KATIK tu tak ada. Kalau ada memang sedap tibai rapatttt punyer. Aku memang tak leh ingat gelagat si KATIK tu dikala upacara penurunan bendera PEK hari ke-3. Huh...rase...haishhh...tak mampu ak nak cakap. Menyampah tahap babun.

owner gajet meja makan nie...

turut membantu...

 turut membantu menyiapkan gajet ini...
tahniah pada semua sekawan PEK 5 berjaya mendirikan gajet meja makan nie...

Dah2...aku tak nak teruskan story mory pasal camping pengakap yang sangat "great" tu. Biarlah ia menjadi kenangan hitam dalam hidup aku yang tak mungkin aku jumpa lagi. Perhaps. Pada fellow members camping, kita pegi sekolah nanti jangan jadi macam kabilah2 nie. Kesian anak2 murid kiter nanti. Tapi, kalau kiter jumpa jugak manusia2 yang tergolong dalam kabilah2 nie, ape kita nak wat erk? Hurmmmm...kalau de cadangan boleh share kat komen. Perbincangan ilmiah tak pe kan? (hahahaha) Stop. Story close.

Sekarang cerita kedua. Cerita semasa perjalanan balik dari camp site. Aku dan beberapa member lain balik menaiki trak ehsan JPAM. Ini disebabkan kenderaan utama kampus iaitu 2 biji bas 40 orang penumpang kini sudah menjadi bahan pameran sejarah. Tak diservis sekian lama, so duk tayang tersimpan kat garaj tak leh jalan. Lupakan pasal bas. Kembali ke dalam trak yang membawa aku dengan beberapa rakan2 yang lain.

Aku dan rakan2 sepengakap merupakan kumpulan pertama balik. Sebab trak dah penuh dengan alatan logistik yang nak dipulangkan kembali ke stor pengakap. Jadi, sampai sana nak kene loading masuk stor la kan. Dalam perjalanan yang mungkin sejam kot, aku melelapkan seketika mata yang kepenatan 4 hari camping nie. Memang best tido sebab angin kuat membelai keseluruhan tubuh aku. Dalam keasyikan melayan mimpi indah, PELEPOMMM...aku terkejut lantas membuka mata. (cewah...drama sket...)

Tetiba kepeningan. Mata jadi kabur. aku tunduk. Aku pegang spek aku. Sebelah cermin tak ade. Aku layangkan pandangan aku ke hadapan. Sebijik periuk berkapasiti 6 liter (mungkin, tak sempat nak sukat) sedang dipegang member sebelah ak. "Zack ko ok?" Member aku tanya. Tetibe aku rasa sakit kat dahi. Aku pegang dahi. Member aku pegang bahu aku. "Dahi ko kene periuk melayang tadi. Dahi ko ok tak?" Oh...baru aku tahu yang dahi aku kene periuk yang member aku pegang tadi.

Aku jawab ok. (cover) Sebelah aku de budak pompuan kot. And de lagi beberapa orang ladies dalam trak tu yang tengah tengok. Tak kan nak wat teruk walaupun kepala aku sakit and pening giler. Aku urut2 dahi aku dengan harapan ilang la sikit sakit. Then aku mintak member sebelah tolong carikan cermin yang hilang mungkin dek terkena hentaman periuk durjana tadi. Ladies sebelah aku jumpa. Dia hulur. Terima kasih aku ucap dengan tersipu2 malu.

Tetiba member aku terpekik, "Zack, dahi ko berdarah!" Nah...tak semena2 jantung aku berdegup kencang. Sakit kepala tetiba datang balik malah lagi sakit. Aku beranikan diri pegang dahi. Melekik. Aku turunkan tangan. Kemerah2an. Sah darah. Steady2 control gabra. Aku keluarkan sapu tangan pedap kat dahi. Aku cakap aku ok dua tiga kali. Sakit, tak dapat aku bayangkan. Pening nak muntah pun tiba2 bertandang. Aduhai...nak muntah mane nie. Dah la depan aku penuh dengan barang2. Tahan la jugak. Alhamdulillah, aku dapat control dan sampai je kampus lepas simpan2 semua barang terus naik bilik mandi and landing atas katil. Pening. (hehehe)

Habis cerita kedua. Sekarang cerita ketiga. Sabtu lepas bestfriend aku datang sini. Nak jalan2 perlis katanya. Dah la aku baru balik dari camping, dapat lak tetamu. Memang kelam aku jadinyer. Apepun, aku tetap mengalu-alukan kedatangan dier. Welcome to perlis aku ucapkan masa jemput dier kat stesen bas kangar. Dier sampai kul 715 pagi. Lama jugak perjalanan dari seremban nak ke kangar nie. 8 jam. Huhu, berakar punggung duk kat sit bas. Tak pa, biar lambat asal selamat.

Aku bawak dier ke hostel. Dier nak mandi and siap2 nak gi jemput member dier kat poli arau. Then, dier tanyer, "asal dengan dahi ko? Macam bengkak je. Belah kanan." (hahahaha) Ape aku nak cakap? Aku bagitahu la yang kene periuk terbang. Boleh lak dier ketawa bagai nak mampos. Kurang asam tol. Aku sepak kang. Kemalangan nak wat camne. So, dier pun dah balik ahad lepas kul 9. Then dier cakap dier nak datang lagi next year. Sebab dier tak sempat nak hangout dengan aku. 2 hari dier datang perlis, dier hangout dengan member poli dier je. Semuanya disebabkan berlaku sedikit masalah yang tak dapat dielakkan.

Apepun, aku ok je. Datang la lagi. Aku tetap ikhlas menerima tetamu. Sape2 saje yang duk kat luar perlis yang nak datang jalan2 kat perlis, yang kenal aku tak kesah la kenal aku kat facebuku ke...kat blog nie ke...kalu nak datang, just bagi tahu aku. Aku boleh je menerima korang. I'm like to make friends. Let know each other. No matters who you are. Dah tiga ceritakan aku cerita dalam entri nie. So, aku rase entry nie paling panjang pernah aku taip.

Well done Zack. (hahahaha) Penutup lak erk. (hehehehe) Semua yang berlaku adalah hikmah yang tersembunyi. Kita tengok, kita rasa, kita lalui, dan kita berfikir. Itu merupakan proses pembelajaran. Apa yang kita belajar kita kena praktikkan supaya pengetahuan tu tak lenyap. Bak kata cogan kata kadet remaja sekolah, berilmu, beriman, beramal. (hahahaha) Sekarang semuanya dah selesai. Exam plak menanti. 2 minggu lagi semester nie akan melabuhkan tirainya.

Makkkk...abahhhh...adikkkk...along nak balik dah. Rindu sangat2 kat mak, abah dan adik2. So much. Tak puas asyik cakap dalam telefon je. Tunggu along balik erk. Mak, nanti mak masak sedap2 tau. Abah, nanti kiter pi jalan2 erk dengan kete baru adik. Adik yang kedua, aku panggil kak yong, weh, nanti orang balik orang nak pinjam keta ang pi jalan2. Ang jangan taik hidong masin sangat. Adik bongsu, Azim 5 tahun, adik jom ikut along dengan abah pi jalan2. Tinggai kak yong sorang2. Dia sibuk keja je. (hehehe)

I miss them so much.

Ulasan

rAy jR...@...Aliff berkata…
pnjg story..detail woo..hak3..terbaekk...!
Zack Azrin berkata…
@hencik Ir.:
hahaha...
bkan ke engineer suker detail2...
suke yg logik2 jew...
something yg concrit, nyata, dan dpt dlihat, drasa...and what ever...
hehehe....
klu engineer bjiwa seni...
mcm hencik ray kter nie...
ermmm...susah tuk kiter faham seni nyer...
hek3 =p

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih