Banjir ooo banjir...
Arghhh...aku baru je selesai jawab exam tadi. How? Unexpected. Really unexpected. Lain yang dibaca, lain plak yang keluar. Huhu...pe nak wat. Yang dijangka tak keluar. Sia2 je spot yang aku baca. (wakakaka...padan muke) Puas aku goreng. Tak tahu la hangus ke tak. Harap2 cukup2 masak la ye. Baik, dalam kesedihan yang aku alami ketika ini ada plak yang menggusarkan hati aku.
Perlis dah banjir. Kampus aku dah dinaiki air. So, how? Pe plan tindakan pihak pengurusan dan MPP? Satu pusat gerakan banjir telah dibuka di Pejabat Warden. Semua pelajar yang tidak mempunyai kertas peperiksaan dibenarkan untuk pulang dan kembali semula pada hari yang ada peperiksaan. Aku nak balik? Membazir. Silap2 makan diri sendiri. Keluar Perlis boleh, nak masuk nanti takut tak boleh plak. (hahaha...)
Jadi, lepas je exam aku dengan member aku cargas keluar kampus meninjau keadaan sekitar Kangar. Saja nak tengok senario keadaan banjir and dalam masa yang sama nak rasa macamana menghadapi banjir. Seumur hidup aku belum pernah aku hadapi banjir. Nie first time aku nak rasa. Excited giler aku. (hahaha...) Nie aku de amik gambar sket sepanjang aku meninjau tadi.
Kawasan sekitar kampus
depan astaka...kawasan paling tinggi dalam kampus setakat ini...
kereta2 student dan lecturer...
limpahan dari SK IPGM Kampus Perlis...
persimpangan asrama lelaki dan perempuan...
depan pejabat Penyelia Asrama...
laluan ke kuarters lecturer dan asrama lelaki...
melimpah2...
pintu masuk Pusat Latihan Kokurikulum@tasik...
tenggelam sama sekali...
kawasan belakang kampus...
tak nampak dah rupa tasik...ikan dalam tasik ke mana? jom jala...
kawasan tasik tenggelam keseluruhannya...
laluan hadapan cafe dan laluan ke stor...
pintu keluar ke-2 kampus juga ditenggelami air...
di hadapan pintu pagar ke-2 kampus...
warung depan kampus juga tenggelam...kedalaman paras betis...
laluan ke pintu utama kampus...lumpuh...paras betis...
pintu utama di tutup...
Sekitar jalan di hadapan IPG Kampus Perlis, ILP, SM Sains
ke bulatan utama...
jalan di hadapan ILP dan SM Sains Syed Sirajuddin...
dewan badminton turut ditenggelami air...paras betis...
persimpangan lampu isyarat hadapan kampus...
Jalan ke bulatan utama
anjung keli ditutup je kawan2...hehehe
kedai runcit sebelah anjung keli...
masih selamat...tpi tunggu masa untuk tenggelam...
sawah yang ditenggelami air...
jalan masuk ke sekolah baru di Behor Pulai...
mangsa banjir...budak kampus...
kedalaman paras betis...
beberapa sentimeter je lagi nak tenggelam...tunggu masa...
tenggelam terus...rumah nie duk betoi2 kawasan rendah...
di hadapan pencawang TNB...
ada sebijik trak macam nie best round2 time banjir...
persimpangan lampu isyarat depan pencawang TNB...
kesesakan di kawasan bulatan utama...
agak dalam...kami tak nak menanggung risiko...
Jalan ke pasar basah Kangar dan flat PPRT
kesesakan menuju persimpangan lampu isyarat SK Seri Indera...
kedalaman di atas jalan raya...paras betis...
menunggu untuk tenggelam...
pasaraya Hafifah juga turut tenggelam...kelihatan JKM sedang mengambil makanan untuk disalurkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara...
Sekitar kawasan Kangar
jalan utama kawasan Kangar masih belum ditenggelami air...
jalan hadapan stesen bas...
stesen bas Kangar...
Sepanjang perjalanan pulang dari Kangar melalui jalan di hadapan ILP dan SM Sains
plug masuk air ke dik....ish3...
ILP...
SM Sains Syed Sirajuddin...
Itu saja gambar yang dapat aku ambil sepanjang tinjauan tu. Untuk pengetahuan semua, banyak kawasan yang kami tak pergi. Melihat keadaan dan kedalaman air, banyak kawasan terpaksa dilupakan. Kerana kami hanya berkenderaan Nouvo S sahaja. Tenggelam Naouvo tu mampos nak repair. So, setakat ini sahaja. Nanti kalau ada perkembangan aku update lagi.
Picture taken: Between Hour 1145 - hour 1245.
Update time: Hour 1530.
Ulasan