Monolog III

"Setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Begitu jugak dengan perwatakan diri. Ada yang mudah didampingi, ada jugak yang susah untuk kita dampingi. Ada yang mesra, ada jugak yang kurang mesra. Semua tu bergantung kepada individu. Macam tu jugak dengan penerimaan orang terhadap diri kita. Jangan rasa diri mudah mendampingi dan didampingi orang, orang akan menerima kita seadanya. Tidak! Tak semua yang kita paparkan dan lakukan dapat diterima manusia. Kalau aku jenis suka ketawa, friendly, ada sedikit sense of humor, understanding, caring...tak semestinya orang lain mudah menerima aku sebagai kawan atau teman. Come on Zack...orang yang kau nampak good looking tak semestinya hati dia pon sejernih air, selembut sutera. Mungkin dia tak dapat menerima kau sebagai kawan dia. Biarkan dia. Dia ada hidup dia sendiri. Sama macam kau. Kau pun ada hidup kau sendiri. Kau selalu harapkan sesuatu yang tak dapat orang tunaikan. Lepas tu kau makan hati sorang2. Ape kes?! Dah2 la tu Zack. You have your own life. Keep smiling. Kau pun sekarang dah banyak berubah. Dah banyak ketawa dari emo2 macam dulu. Lebih open minded. Lebih tabah. So, teruskan. Jangan biarkan hati kau yang penuh dengan kegembiraan sekarang nie, ditelan dengan perasaan sedih dan dukacita. Kau kena sedar siapa diri kau Zack. Di mana tempat kau. Kau berdiri sebagai siapa? Apa peranan kau? Jatuh bangun, suka duka, tangis tawa, semuanya mainan hidup. Tak dapat lari selagi kita bergelar manusia. Kerana itu fitrah. Fitrah yang ditentukan oleh Dia. Kau kena terima. Anggap sahaja dia sebagai rakan biasa yang jauh untuk kau pegang dan genggam. Cukup sekadar itu sahaja Zack. Pandang depan. Kau masih ada tugas yang perlu kau selesaikan. Kau ada impian yang perlu kau tunaikan. Kau masih nampak apa impian kau? Cita2 kau? Berdoalah kepada Dia Zack. Dia Maha Mendengar setiap rintih tangis kau."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih