Tak ku sia-siakan

Alhamdulillah, keadaan banjir dalam kawasan kampus nie dah semakin surut. Ada tanda2 positif yang esok lusa keadaan akan kembali pulih. Aku dengan kawan2 yang lain masih terperangkap kat dalam kampus nie. Tapi syukur alhamdulillah, bantuan bekalan makanan tak pernah putus dari semalam. Sampaikan kul 12 tengah malam pun masih ada bekalan makanan yang dihantar kepada kami. Alhamdulillah. Semalam aku tido dalam kekenyangan. (hehehehe) Gemok la aku lepas banjir nie.

Okeh, lupakan seketika pasal banjir. Sebab aku akan post entry pasca-banjir lepas nie. Dalam tuh insyaAllah akan ada gambar2 keadaan semasa banjir kat Kangar nie. Aku belom berkesempatan kuar dari kampus nie nak tengok keadaan sekeliling. May be kejap lagi nak kuar. Dengan kawan2 pusing Kangar. (hehehe) Mampu ke aku nak redah air paras pinggang? (huhu) Sama2 kiter nantikan erk.



Baiklah. Kembali kepada motif asal aku nak update blog kesayangan aku kali nie. Aku terjumpa satu blog yang agak romantis la bagi aku yang menceritakan kisah percintaan sepasang kekasih yang baru berusia 8 bulan. Only eight month. Tapi bahagianya tak mampu aku nak ceritakan. (berdasarkan apa yang diorang tulis la) So, aku terfikir mampu ke aku nak mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang dalam mempertahankan sebuah perhubungan tu?

Sekarang pun dah macam2 dugaan yang melanda. Tapi aku tetap cool dan kawal keadaan. Walaupun dia dan aku kadang2 agak emosi. Dia masih muda dan aku selayaknya bertindak dan berfikir dengan lebih matang. So, keadaan nie menuntut aku untuk tidak ego dan lebih bersabar melayan kerenah dia. Dia memang jauh di sana. Tapi aku masih percaya kepada dia. Tiada keraguaan kerana kawan2 dia menjaga dia bagi pihak aku.

Tika dan saat nie, aku merasakan kebahagiaan itu sangat indah. Kebahagiaan yang aku kecapi sekarang adalah hak milik aku. Jangan biarkan kebahagiaan nie pergi disebabkan masalah2 kecil yang cuba diperbesar2kan. Be mature. Jangan mengikut emosi. Alhamdulillah, dua kali menghadapi krisis, aku berjaya handle dan keadaan kembali seperti biasa. Aku sayang dia. Untuk pengetahuan korang, aku dan dia tersangkut secara tak sengaja.

Perkenalan melalui facebuku membuatkan kami terus menjalinkan satu ikatan persahabatan yang utuh sehingga kini. Dengan harapan, ianya berkekalan hingga akhir usia. Aku dah penat. Penat mengejar sesuatu yang kita suka dan sayang. Tetapi, sia2 kerana dia tidak memberi apa yang kita harapkan. Kini, aku mempunyai orang yang menyanyangi aku. Walaupun suatu ketika dulu aku tidak pernah sayang dia.

Satu kenyataan yang aku pelajari melalui perkenalan nie adalah, jangan dikejar sesuatu yang kita sayangi kerana mungkin hatinya bukan milik kita sebaliknya terimalah seseorang yang menyanyangi kita kerana sudah pasti hatinya tersedia untuk kita. Ya, orang yang menyanyangi aku kini sempurna sifat dan cukup menarik bagi aku. Sedap mata memandang dan manis bila berbicara. Manjanya telah memaut aku membalas kasihnya.

Mengapa dikejar sesuatu yang tidak pasti sedangkan yang tersedia untuk kita berada di depan mata. Takkan aku sia2kan diri dia. Dia cukup baik dan istimewa buat aku dan penyeri dalam kehidupan aku. Baby, b takkan sia2kan baby. B love you so much. You're my everything.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih