Kerinduan ^__^

Assalammu’alaikum. Alhamdulillah, syukur yang teramat-amat Zack panjatkan kepada Allah swt. (ermmm…) Agak kaku dan janggal Zack nak update kali nie. Almaklumlah dah lama Zack tak update blog nie. Semakin usang dan bersawang. Zack pun agak ketandusan idea nak meng-update. Entah apa yang Zack nak lakar dan coretkan pun Zack tak pasti. Dari mana harus Zack mulai erk? (ermmm…)

Okeh, Zack mulai dengan lafaz Basmallah. Kerinduan untuk berblog sangat2 lah menebal. Namun, terdapat banyak aral melintang. Kesibukan dengan tugasan la…dengan family la…dengan masalah internet lah…macam2. Tak dinafikan juga perasaan malas yang semakin hari semakin menebal. (hehe) Rindu nak ziarah blog sahabat2 blogger yang lain. Rindu nak leave komen kat entri2 diorang. Tapi apakan daya Zack, kekurangan membatasi kerinduan untuk semua tu. Kalau ada yang menantikan entri dari blog Zack nie, Zack mintak maaf sangat2.


Tirai 2011 sudah sebulan 12 hari dibuka. Begitu juga dengan tahun 2010 yang telah ditinggalkan. Apa yang berlaku pada tahun 2010 telah kita abadikan sebagai sejarah. Kini, kaki telah melangkah ke tahun baru yang perlu kita jalani dengan tabah dan yakin. Dan yang pasti, harus ada pembaharuan, tekad dan keazaman baru yang hendak kita capai sebelum 2011 melabuhkan tirai. Seharusnya 2011 harus kita corak dan lakarkan sesuatu yang lebih baik dan bermakna dari tahun 2010. Ada perkara yang harus kita tinggalkan ditelan waktu dan ada yang perlu kita bawa bersama.

Begitu juga dengan Zack. Zack meninggalkan kehidupan di asrama. 2011 telah menyajikan Zack dengan kehidupan baru. Iaitu kehidupan di rumah sewa. Satu pengalaman baru yang belum pernah Zack lalui dan alami sepanjang kehidupan 21 tahun yang lalu. Dan sekarang, inilah kehidupan Zack. So far, alhamdulillah Zack dapat sesuaikan diri dengan kehidupan baru nie. Tak banyak yang berubah, setiap hari Zack akan ke kuliah dari pagi hingga ke petang. Assignment, projek, kerja kumpulan, tetap Zack lalui. Apa yang bezanya, habis kelas Zack bukan lagi balik ke bilik. Tetapi Zack balik ke rumah sewa yang dihuni 5 orang rakan yang lain. Dan, keselesaannya lebih baik dari asrama.

Zack bersyukur diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai kehidupan di rumah sewa. Pastinya pengalaman yang Zack dapat nie takkan Zack lupakan. (ermmm) Guys, Zack rasa setakat ini saja yang dapat Zack coret dan catatkan untuk entri kali nie. InsyaAllah, Zack akan terus menulis dalam blog nie untuk perkongsian dengan korang semua. (ermmm) Blog korang nanti Zack pegi ziarah dan Zack akan tinggalkan komen kat entri terkini korang semua. Salam seribu ingatan...

Ikhlas dari Zack. (^_^)
Sabtu, 12 Februari 2011.
240 p.m.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih