Membela

Salam sejahtera buat sume reader blog Zack nie. Alhamdulillah, Zack sekarang dah ade kat umah tercinta. Kat Taiping ha. Balik jumpa mak abah jap. Rindu kat diorang. Walaupun cuti 2 hari je tapi rasa berbaloi dapat tatap wajah mak dan abah tercinta. (ermmm) Tajuk entry kali nie macam seram je kan? Kalau kat kampung, sebut je 'membela', mesti ingat yang mistik2.

Korang pun mesti fikir mcam tu jugak kan? Ape jadah Zack bela? (hahaha) Sekarang Zack dah bela sekor makhluk nie. Sume orang panggil dier 'broc'. (hahaha) 'Broc' nie jinak. Kecik molek je. Patuh je. Tapi maintenance  'broc' nie mengalahkan Zack. Sebulan je makan belanja RM48. Alamatnyer, tiap2 bulan Zack tak leh cover aksesori Zack. (hehehe)

Ok2. Tak nak melalut jauh2. Zack baru je daftar broadband. Broadband Celcom. Selepas buat research, kaji coverage, soal selidik member2 yang dah pakai broadband, Celcom telah menyakinkan Zack. Especially coverage kat umah mak dan abah nie ha. Sebab, kalau cuti leh online kat umah. Tak de la lepak kat kopitiam lagi.


Zack beli 'broc' nie pon sebab keperluan Zack. Zack tak leh kalau masa lapang duk termenung sorang2. Masa lapang Zack kalau tak di isi dengan meng-online-kan diri, Zack akan hangout dengan member2. Lepaking. Tak reti nak tengok tv ke...ape ke...Lagi satu, Zack beli bende alah nie, sebab dah jadi trend sekarang. Budak2 IPT mesti ade satu. Dah jadi keperluan sekarang. So, Zack mengikut arus perubahan. (hehehe)


Zack beli 'broc' nie pon selepas dapat permission dari mak tercinta. Mak cakap kalau perlu sangat and mampu nak sara hidup 'broc' tu, beli la. Pakai la. So, Zack rasa Zack mampu nak sara makhluk nie. Lagi pon, Zack memang perlukannya. Alhamdulillah, terpakai jugak Zack bende alah nie. Hasilnya, dapat bukak FB and blog. Walau pun agak slow. Apapun, janji dapat online. Laen tahun kiter upgrade speed dier. Kasi laju sket.

Oklah...tak tahan dah mata nie. Letih naik bas tadi. Time to sleep. Yuk beradu. Taking care erk. Daaa...

19-02-2011
Home sweet home...
Changkat Jering, Taiping.

Ulasan

sea shell berkata…
ooooo..ini la broc yg dikatakan itu..huhuu
Jejaka Stylo berkata…
salam... bro dh follow zack, follow me back..tq

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih