Tak bertajuk

Salam sejahtera pada semua readers blog Zack. (adew kew?haha…) Kelas hari nie dari pukul 8 pagi sampai la pukul 5 petang. Penat? Sikit je. Sebab, tiap2 minggu memang macam nie. Lagi menyeronokkan Zack, esok cuti! (hehe) Esokkan Maulidur Rasul. So, dapat la rest. Padahal malas nak ke kelas sebenarnya. (haha) Macam biase, kalau de kelas petang Zack akan bawa bersama Mr. Lappy tuk online. Sempat la jengok beberapa blog. Antaranya blog Mr. H To the World. (ermmm…)

Al-Fatihah buat allahyarham bapa Mr. H a.k.a Apiz. (al-Fatihah) Aminn…semoga roh bapa saudara Apiz dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman. Zack begitu tersentuh dengan luahan beliau. Yela, beliau telah kehilangan bapa tercinta selama 13 tahun. Semestinya kerinduan terhadap arwah bapanya menebal dan terbuku di kalbu. Semua manusia akan pergi meninggalkan yang tersayang. Namun, Zack bersyukur. Zack masih punya mak dan abah tercinta.

Namun, mereka bukanlah masih muda. Mereka berdua sedang meniti usia tua. Usia mak menjengah 41 tahun manakala abah 53 tahun. Abah Zack sudah tidak segagah dulu. Abah selalu jatuh sakit. Abah pernah 2 kali dibedah kerana ketumbuhan pada usus, 2 tahun dulu. Sejak itu, abah tak lagi berupaya melakukan kerja2 berat. Zack ingatkan abah, jangan buat kerja2 berat. Buat kerja ikut kemampuan diri. Alhamdulillah, abah sekarang kesihatannya baik. Tapi, kerap demam panas.

Mak pula, alhamdulillah. Allah masih berikan kudrat 4 kerat kepada mak. Mak bekerja sebagai pencuci pinggan di kedai makan berhampiran rumah. Zack tak nak mak bekerja pada mulanya. Tapi, bila mak cakap mak nak bantu abah kumpul duit, aku terpaksa terima keputusan mak. Mak kata kalau abah sakit nanti, senang sebab mak boleh buat simpanan. Setahun sudah berlalu. Adik kedua Zack pun sudah bekerja. Dah dapat tolong mak dan abah sikit2. Zack bersyukur.

Hanya Zack belum mampu membantu keluarga. Pengajian Zack masih berbaki setahun setengah. InsyaAllah, penghujung tahun hadapan Zack akan grad. Tak sabar nak bantu mak dan abah. Nak bagi mereka kesenangan. Zack harap Zack mampu berikan mereka kebahagiaan sebelum mereka pergi meninggalkan Zack dan adik2. Itu tekad dan janji Zack pada mak dan abah. Harap hajat Zack nie tercapai.

Apa pun, setiap manusia yang bergelar anak harus mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Sejahat mana dan sejijik mana sekali pun ibu bapa kita, mereka adalah manusia yang melahirkan kita dan membesarkan kita.Pada mereka yang masih beribu dan berbapa, taatilah mereka, sayangilah mereka, lindungilah mereka selagi mereka masih bernyawa dan berada di hadapan kita. Tiada ibu dan bapa lain sebaik ibu dan bapa kandung kita sendiri. Ke mana sekali pun kita pergi, setinggi mana sekali pun kita berada, mereka tetap permata hati kita.

ZACK SAYANG MAK DAN ABAH.



14-02-2011
Dari kamar terindah…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih