Apa Ke Heyyy
Assalammu'alaikum.
Lama sudah Zack tak update blog nie. Jujur Zack sangat rindu nak berblog. Rindu zaman kerajinan mempublish entri2 yang pelbagai. Cemburu dengan blogger lain yang berkesempatan mengupdate blog diorang. Tapi Zack? Entahlah. Masih belum terlintas untuk Zack meninggalkan dunia blogger. Minat Zack masih ada untuk berblog.
Persetankan semua tu. Sekarang dah masuk musim final exam. Kertas pertama Zack pada 19 Mei. Dan kertas terakhir pada 25 Mei. Persediaan? InsyaAllah... : ) Malas sebenarnya nak menghadap exam nieh. Exam sebenarnya memberi tekanan kepada student. Zack memang tak minat. Namun, terpaksa la Zack hadap jugak. Dah itu sistemnyer.
Sempat jugak Zack ziarah2 blog sahabat2 blogger lain. Ade yang dah selesai exam. Ade yang dah selesai buat thesis. Ade yang bersiap2 nak pegi bercuti. Macam2 lagi lah. Tapi, yang paling memberi kesan pada Zack adalah mereka2 yang dah habis study. Yang tidak lagi bergelar student. Arghhhh...sangat memberi kesan tau! Zack masih berbaki setahun setengah lagi. Haduiiiiiii....lambat rasanya.
Malas nak fikirkan semua tu. Yang pasti waktu, masa dan detik kemerdekaan itu pasti tiba pada penghujung 2012 nanti. : ) Jadi, yang mana telah selesai belajar tuh Zack ucapkan tahniah dan selamat menempuh alam pekerjaan. Semoga korang2 semua sukses dalam dunia baru. : )
Ulasan