Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Gegaq Ria

Imej
Tudia...bergegaq tak? hahaha...semalam Kelab Reka Bentuk dan Teknologi telah menganjurkan program Gegaria RBT yang julung2 kalinya diadakan. Sepanjang 5 tahun setengah Zack belajar di sini, inilah buat pertama kalinya program seperti hari terbuka atau hari bertemu pelanggan bagi Jabatan Pengajian Teknikal diadakan. Dalam penganjuran kali nie, beberapa pameran produk kerja tangan dan kegiatan pelajar RBT dipamerkan untuk lawatan pengunjur. Ramai yang tak tahu apa yang boleh dan berjaya dihasilkan oleh pelajar RBT. Pada hari tersebut, pengunjung diberi penghormatan untuk melihat sendiri hasil kerja tangan yang dilakukan pelajar RBT untuk memenuhi kehendak kursus setiap semester. Untuk pengetahuan semua, kami pelajar RBT setiap semester ada amali. Boleh dikatakan setiap semester juga lah akan ada produk baru hasil kerja tangan kami. Walaupun kerja2 tersebut dilihat pengunjung seperti biasa2 je tapi harus diingat produk tersebut mengambil masa berbulan2 untuk siap. Sebab tempo...

Pertama Dalam Hidup

Imej
Kali nie aku nak kongsikan cerita berkenaan pengalaman pertama aku membentangkan hasil kajian yang dah aku jalankan. First time jugak dalam hidup aku, aku berjaya jalankan satu kajian. Tak pernah terlintas langsung. Apa pun, itu merupakan keperluan dan tuntutan kepada semua penuntut yang bergelar bakal siswazah. :) Susah macamana sekali pon, pengalaman yang aku lalui tu memberikan suatu kenangan yang sangat manis. Baik, kajian aku nie dah dijalankan semester lepas lagi. Dengan pemilihan tajuk kajian sehinggalah kepada pengumpulan data. Apa tajuk kajian aku? Jeng3...hehehe Tu la tajuk asal aku dalam kertas cadangan 5 bulan lepas. Jangan terkejut lak lepas nie korang tengok tajuk aku dah lain sikit. :) Bila berlaku proses penambahbaikan, berubah la sikit bunyi tajuknya. Tapi fokus kajian tetap sama. Pada mulanya agak susah nak buat kertas cadangan nie tapi aku bersyukur sangat sebab penyelia kajian aku tak memberi sangat tekanan pada aku. Dia membantu aku untuk melengkapka...

Menghitung Detik

Imej
Assalammualaikum wbt...alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih diizinkan oleh-Nya aku bernafas dan bernyawa sehingga ke saat ini. :) Agak lama menyepi dari dunia blog. Kerinduan itu telah menggamit kembali semangat aku untuk mencoretkan sedikit cerita perihal kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah, dunia pengajian aku hampir sampai ke penghujungnya. Membilang detik hari terakhir di bumi Perlis hanya tinggal kurang 15 hari lagi. Semester ini merupakan semester yang sangat panjang dan terlalu berat untuk aku pikul. Namun, semangat demi cita-cita mengenggam segulung ijazah telah membawa aku sehingga ke penghujungnya. Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang semester ni. Terlalu banyak ingin aku kongsikan. Perihal projek, CAD, kajian aku, VIVA, kursus, seminar, dan banyak lagi. doakan aku diberikan peluang dan ruang untuk berkongsi semua tu dalam halaman blog kesayangan aku nie nanti. Cukup dahulu sekadar pemula langkah untuk kembali kedua blog. :) ...