Pertama Dalam Hidup
Kali nie aku nak kongsikan cerita berkenaan pengalaman pertama aku membentangkan hasil kajian yang dah aku jalankan. First time jugak dalam hidup aku, aku berjaya jalankan satu kajian. Tak pernah terlintas langsung. Apa pun, itu merupakan keperluan dan tuntutan kepada semua penuntut yang bergelar bakal siswazah. :) Susah macamana sekali pon, pengalaman yang aku lalui tu memberikan suatu kenangan yang sangat manis.
Baik, kajian aku nie dah dijalankan semester lepas lagi. Dengan pemilihan tajuk kajian sehinggalah kepada pengumpulan data. Apa tajuk kajian aku? Jeng3...hehehe
Tu la tajuk asal aku dalam kertas cadangan 5 bulan lepas. Jangan terkejut lak lepas nie korang tengok tajuk aku dah lain sikit. :) Bila berlaku proses penambahbaikan, berubah la sikit bunyi tajuknya. Tapi fokus kajian tetap sama. Pada mulanya agak susah nak buat kertas cadangan nie tapi aku bersyukur sangat sebab penyelia kajian aku tak memberi sangat tekanan pada aku. Dia membantu aku untuk melengkapkan kajian aku. Senang citer, dier tak banyak songeh la. Senang berkira.
Jadi, kertas cadangan telah diterima dan diluluskan pada semester lepas dan perlu dilakukan penambahbaikan sedikit pada kertas cadangan tu. Pengumpulan data aku buat semester ni. Alhamdulillah la, tajuk kajian aku nie tak la susah sangat. Senang nak tadbir. Data aku leh dapat dalam masa 2 minggu ja. Analisis ape semua2 selesai 3 minggu. Sehingga la sekarang, proses penambahbaikan dilakukan. Walaupun selepas viva.
Tahu tak apa tu viva? hahaha...Sapa yang penah wat degree diorang tahu la viva tu ape. Viva nie adalah satu pembentangan mengenai kajian yang dijalankan dan hasil yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan. Pembentangan nie akan dinilai oleh 2 orang panel penilai. Macam aku, panel penilai aku adalah pensyarah jabatan aku sendiri. Ketaq lutut jugak masa tunggu giliran nak bentang.
Tarikh keramat 12 September, 10 pagi...tu la detik aku membentangkan kajian aku. Pengalaman pertama dan pengalaman nie tak mungkin aku lupakan.
Hahaha...jangan ketawakan aku! Photographer nie capture salah action. Aku bukan ajar tai chi eh. Tapi sedang membentangkan kajian aku. Masa nie tak ingat ape dah. Cakap dengan lantang dan yakin mengenai kajian aku. mempromosikan kajian aku. hahaha...alhamdulillah...semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Sekarang, draf akhir kajian dah pon dilengkapkan. Esok, dah wat appointment dengan penyelia aku untuk urusan pengesahan status kajian aku. Hope, semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang peristiwa yang tak diingini.
Tarraaaaaaa...itulah draf akhir laporan kajian aku. Tajuk kajian sama tak dengan kertas cadangan tadi? hahaha...bunyinya lain kan? Tapi fokusnya tetap sama. Benda ni la yang akan aku bawak esok pi jumpa penyelia aku untuk dia semak dan memberikan kelulusan dan pengesahan status kajian aku nie. :) Tak sabar nak jilid sebenarnya. Lagi lambat jilid, lagi banyak penambahbaikan yang nak diperbetulkan. :)
p/s: inilah pengalaman pertama dalam hidup aku. sangat2 manis kenangan nie. :)
Ulasan