Menghitung Detik

Assalammualaikum wbt...alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih diizinkan oleh-Nya aku bernafas dan bernyawa sehingga ke saat ini. :) Agak lama menyepi dari dunia blog. Kerinduan itu telah menggamit kembali semangat aku untuk mencoretkan sedikit cerita perihal kehidupan aku sekarang.


Alhamdulillah, dunia pengajian aku hampir sampai ke penghujungnya. Membilang detik hari terakhir di bumi Perlis hanya tinggal kurang 15 hari lagi. Semester ini merupakan semester yang sangat panjang dan terlalu berat untuk aku pikul. Namun, semangat demi cita-cita mengenggam segulung ijazah telah membawa aku sehingga ke penghujungnya.

Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang semester ni. Terlalu banyak ingin aku kongsikan. Perihal projek, CAD, kajian aku, VIVA, kursus, seminar, dan banyak lagi. doakan aku diberikan peluang dan ruang untuk berkongsi semua tu dalam halaman blog kesayangan aku nie nanti. Cukup dahulu sekadar pemula langkah untuk kembali kedua blog. :)

Salam rindu...<3 p="p">

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANGAP

Indahnya UPSI, Untungnya IPG

Selingkar Kasih