Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Imej
Salam sejahtera pada semua. Hari nie merupakan hari kemerdekaan Malaysia ke-52 tahun. Dari segi pengisytiharannya memang benar kita sudah merdeka selamat 52 tahun. Merdeka dari segi pentadbiran negara. Negara ditadbir oleh anak jati Malaysia sendiri yang bernaung di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak negara. Namun, masih ada lagi perkara yang kita belum merdeka. Anak-anak muda Malaysia terutama anak Melayu, bangsa yang satu-satunya waris sebenar Malaysia masih tercari-cari identiti. Anak Melayu tidak punya identiti yang sebenar. Masih teruk dengan masalah sosialnya, pendidikannya, ekonominya, dan banyak lagi. Adakah disebabkan status bumiputera itu yang membuatkan anak Melayu masih lalai dan asyik dengan keistimewaan yang diberikan negara kepada mereka?!!! Zack tak nak cakap dan ulas panjang-panjang sebab Zack tak banyak pengetahuan dalam hal-hal macam nie. Apa yang Zack cakapkan nie adalah berdasarkan pemerhatian Zack. Zack akan terus memerhati dan mengambil tahu a...

Balik Sudah...

Imej
Alhamdulillah....Zack dah selamat sampai di dalam bilik asrama kesayangan Zack nie. Zack sampai pukul 4 petang tadi. Hari nie Zack berbuka sorang diri. Dengan lauk yang dibekalkan oleh mak kesayangan Zack, itulah yang Zack berbuka hari nie. Ala-ala western sket hari nie. Nak tahu Zack berbuka makan ape hari nie? Tengok saja gambar hidangan berbuka Zack kat bawah tu. amacam?!!!!!

Selesai Sudahhhhh...

Salam...Hari nie merupakn hari terakhir Zack kat Sekolah Kebangsaan Changkat Jering. Habis sudah PBS Zack tuk semester nie. Pas nie Zack cuti seminggu. Hurayyyyy...syok habis...Nak wat persiapan raya la plak. Tapi nak bersiap ape erk?!!!Baju Zack guna baju tahun lepas lagi. Haaa...persiapan diri la...nak bersiap-siap dengan suasana raya. Hehehehehehe...oklah, Zack nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang akan kita sambut esok. Selamat beridah kepada semua. Cukup di sini dlu. Nanti Zack update lagi erk. Salam ramadhan.

Detik Terakhir

Salam kepada semua...Okies...saat nie Zack sedang menghitung detik tuk bertolak pulang ke kampung halaman. Next week, Zack dah mula SBE kat SKCJ. Hope, everything ok. Oklah, Zack xnak taip panjang2. Xde mood. Mood nak balik sgt. Pada semua rakan2 guru pelatih, selamat menjalani SBE dengan jayanya. Blog Zack nie tergendala la sket untuk di update kan. So, papepun Zack akan berusaha tuk update blog nie klu diberikan kesempatan. Ok, take care. Byeeee...

Terkedu Sejenak

Ya Allah, Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw, Sahabat Nabi setia di sisi, Sahabat saya datang dan pergi. Ya Allah, Saya muhasabah, menerawang sendiri, Dari kecil ke saat ini, Ramai sudah bertandang di hati, Ramai juga yang datang dan pergi. Ya Allah, Sahabat ketawa, saya gembira, Sahabat sayu, saya syahdu, Sahabat layu, saya pilu, Sahabat cemerlang, saya gemilang. Ya Allah, Kawan saya, sahabat saya, Rahmati kami meniti usia, Terpisah kami di alam nyata, Temukan semula di taman syurga. Ya Allah, Sahabat saya, buah hati saya, Mesra kami penawar duka, Rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria. Ya Allah, Silaturrahiim kami, ukhwah fillah, Bermusuh kami, na`uzubillah, Berpisah mati, insya-Allah, Pengubat hati, do`a rabitah..

Sirih Pulang Ke Ganggang

Imej
Salam...Sedang Zack menekan2 keyboard nie, dah ade rakan2 Zack yang sedang berkemas2, bersiap2, berjalan2, berasak2, bergerak2 pulang ke kampung halaman. Rase tak sabar la plak nak tunggu esok. Nak jumpe ibunda dan ayahanda serta kakanda Zack yang kat rumah tu. Okies la, Zack nak ucapkan Selamat Jalan, Selamat Tiba, Selamat SBE, dan Selamat Pulang ke IPG balik kepada semua rakan2 seperjuangan yang akan memulakan SBE kat sekolah pilihan masing2. Ada yang pulang ke sekolah lama dan ada jugak yang bertandang ke sekolah lain. Ape yang Zack harapkan, kita akan berjaya melaksanakan SBE Fasa Kedua nie dengan jayanya. Zack macamana pulak? Zack akan pulang ke sekolah rendah Zack dulu...Sekolah Kebangsaan Changkat Jering. Zack berseorangan di sekolah tersebut. Tapi untuk opsyen Zack saja la. Opsyen lain ade la dua orang dari IPG Perlis...Ainon, Lia dan lagi sorang sape ntah. Tak perasan nama dier. Tak tahu la macamana Zack nanti. Agak gugup gak nak ke sekolah tu. First, sebab tak de seopsyen den...

Semoga Dicucuri Rahmat

Imej
Kita digemparkan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Perginya seorang artis juga seorang ustaz yang amat Zack minati. Walaupun Zack tidak begitu fanatik dengan beliau, namun Zack amat fanatik dengan Brothers. Beliau ialah Ustaz Asri. Zack percaya, ramai yang mengenali beliau disebabkan kelunakan dan kemerduan suara beliau dalam mengalunkan lagu dan zikir. Beliau dilaporkan rebah sebelum tidak sedarkan diri semasa melakukan persiapan rakaman program Syahadah musim kelima di Angkasapuri. Beliau seterusnya dikejarkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Bagaimana pun, beliau telah disahkan meninggal dunia disebabkan sakit jantung pada jam 11 pagi. Zack amat terkejut dengan berita pemergian beliau buat selama-lamanya. Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan mendoakan segala dosa beliau diampunkan Allah swt dan rohnya ditempatkan bersama-sama para soleh dan solehah. AL-FATIHAH Sumber: Utusan Malaysia Online.

Khasiat Telur Separuh Masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya. Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.

Rabu (12 Ogos 2009)

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Zack harap semua dalam keadaan sihat. Keadaan kesihatan Zack hari nie xbanyak berubah. Selesema masih xkurang. Alhamdulillah, Zack xdemam teruk sangat. Pagi tadi je demam kejap. Pas makan ubat tengahari tadi, boleh la sket gagah. Tak sabar rase nak balik. Kalau balik de la orang jaga. Hehehehehehhe...Oklah, Zack pn xtahu nak tulis pe malam nie. Malam nie gat nak stay up wat assigment. Jumaat nie dh nak kne submit. So, jumpa lagi.

Change

Ermmmm...aku nk tanyer korang...when i replace my name in this blog with " penulis ", it is have probs ? Becoz y, have some of my " friends " in this campus come to my room and call me as " penulis "...they didn't call me as well...ok...if its make me look " skematik ", i'll change it in my blog...from now toward, i'll use my name " ZACK "...

Cara Yang Betul Pakai Penutup Hidung Dan Mulut

Imej
Penulis nak berkongsi sikit pengetahuan dan maklumat kepada semua pembaca blog penulis. Adakah kita sedar bahawa penutup muka atau lebih tepat dipanggil penutup hidung dan mulut mempunyai banyak jenis. Perkara itu akan penulis kupaskan pada masa akan datang. Secara umumnya, cara pemakaian penutup hidung dan mulut nie adalah sama. Berikut adalah cara yang betul untuk memakai penutup hidung dan mulut. Sebelum memakai penutup hidung dan mulut, pastikan anda telah m embasuh tangan dengan sabun (anti-bakteria) terlebih dahulu. Kenal pasti bahagian luar dan dalam (lapisan berwarna adalah bahagian luar). Jangan menyentuh bahagian dalam untuk memastiakn ianya tidak tercemar. Bahag ian yang mempunyai kepingan logam halus berada di bahagian atas (atas batang hidung). Tekan kepingan logam supaya ia bengkok dan sesuai dengan bentuk batang hidung anda. Kepingan ini bertujuan untuk mengemaskan dan menutup sepenuhnya bahagian hidung dan mulut anda. Pastikan penutup hidung dan mulut yang anda pakai k...

Hasil Pemeriksaan Doktor

Imej
Salam seklai lagi kepada semua...Penulis baru sahaja balik dari Klinik Kesihatan Kangar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Sampai di perkarangan klinik, penulis nampak banyak khemah2 yang disediakan untuk melakukan pemeriksaan influenza H1N1. Selepas mendaftar, penulis memeriksaan tekanan darah dan suhu badan. Alhamdulillah, semuanya ok. Sampai di kaunter pegawai perubatan, beliau bertanyakan perihal kesihatan penulis. Pe lagi...penulis goreng r...hahahahhahaha...xdelah, penulis ckp yang penulis hanya selesema dan batuk sket2 je. So, die tulis something kat medicine scription. Penulis pon xthu ape kebonde yang dier tulis. Klasik sangat tulisan dier. hehehehhehe...Smpai kat kaunter farmasi, baru la penulis tahu ape yang pegawai perubatan tu tulis tadi. Rupenyer nama ubat. Penulis diberikan 2 paket ubat. 1 ubat batuk (tablet) dan 1 lagi ubat selsema. Nasib baik xsuspek H1N1. hehehehhe...Itulah kisahnya...

Flu oh Flu...

Salam sejahtera...Penulis harap semua dalam keadaan sihat hendakNya. Keadaan penulis agak kurang baik. Sedikit selesema. InsyaAllah kejap lagi nak kuar g klinik. Harap hanya selesema biasa. Penulis tak nka cakap pasal tu lagi. Nak pergi medical dlu bru bleh ckap. Penulis xthu nk upload ape tuk korang semua. Tgu jela penulis balik dri klinik. Salam...

Oh No...Why Me?!!!

Imej
Terpakse la pakai... Salam kepada semua. Penulis harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Dalam keadaan dunia sekarang tidak menentu, baik dari segi ekonomi, politik dan juga kesihatan, kita seharusnya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apa yang penulis nak katakan sebenarnya? Penulis SELESEMA !!!!!!!Oh tidakkkkkkkk ....Kenapa penulis?!!!!!Tapi, alhamdulillah...Xde la teruk sgt...Cuma penulis rase baru nak mula...Hidung rase pedih2...Mata merah dan nak berair...Badan suam2 panas...Nasib baik la penulis dah beli mask...Ermmmm...Harap sangat xberlarutan dan teruk...Penulis rasa antibody penulis kuat, sebenarnya meleset sekali... I call my mom after class this evening and told her that im in flu.But just a little bit. And she's remind me to go to hospital or clinic if my flu become serious...And she want me to take medicine like paracetamol or aspirin...i said to my mom, Y ES MADAM ...hehehehhe...Aduhai...penulis teringat pasal petang...

Isu:Elak Homoseksual dan Onani Cegah H1N1

Wahhhh...mengancam bunyi tajuk entry nie. Tapi, jangan wat spekulasi awl2. Baca dulu isinya. Ok, sebenarnya penulis tertarik dengan entri nie disebabkan tajuk dier nie la. Entri nie penulis dapat dari seorang Blogger dalam blognyer. Penulis copy and paste je entri dier nie coz malas la nk wat ayat sendiri. So, mari same2 kter baca. *entri kali ni agak peribadi, sensitif atau yg sewaktu dengannya.. maaf ek.. ianya lebih bertujuan maklumat xde kena mengena dengan serangan peribadi atau memalukan sesiapa . Elak homoseksual, onani cegah H1N1 Dipetik dari Berita Minggu ( Berita Harian ) - 9 Ogos 2009 KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A(H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap Dr VM Palaniappan. Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebab...

Hope My Dream Come True

Imej
Salam sejahtera kepada semua...Hari nie penulis xthu nak buat ape. Assigment? Nanti2lah penulis buat. Selalunya mcm tu lah...last minutes bru nk wat. Intenet pn ade, so penulis layan citer kat youtube. Dah puas layan...so, terlintas nk update blog. Sebenarnya penulis xsabar nk tunggu tahun depan. Bukan ape, penulis harap2 sgt yang mimpi dan impian pnulis nk ade satu "kuda besi" akan tercapai. Sebenarnya dah lama penulis nk milikinya. Tapi seperti biasa, kewangan selalu menjadi penghalangnyer. Jadi, kebetulan hujung tahun nie penulis de "bonus"...jd dapatlah "agak"nyer penulis nk pakai...agak2nyer ape "kuda besi" yang penulis maksudkan tu erk? Ok, penulis terangkan. Sebenarnya penulis nk beli motosikal. Dh lama penulis nyatakan hasrat nie pd parents penulis. Tapi diorg ckp saving dlu. So, setelah sekian lama penulis berunding dengan diorg, akhirnya rundingan tersebut berjaya. Itu pn keputusan yang bkan penulis hrpkan. Keputusan yang dpt dri rundin...

Siapa Y.A.Bhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Imej
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964. Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Tun Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 197...

7 Wasiat Melayu

Imej
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman...

H1N1 Di Malaysia Serius

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata tahap penularan wabak Influenza A (H1N1) kini berada pada tahap yang serius. Oleh itu, beliau menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menjaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan dan mengurangkan aktiviti di tempat awam seperti perhimpunan awam sekiranya tidak perlu. Selain itu, beliau juga berkata orang ramai digalakkan memakai topeng muka jika perlu. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia (KISMAS 09) hari ini. Sumber: Utusan Malaysia.

Sekali Seumur Hidup

Pukul 12:34:56 ...Tarikh jadi 07.08.09 ...Maka 123456789 ...Kita menemuinya sekali seumur hidup... Sumber:  Masz

Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya. "Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman. "Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim. "Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman." Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri. "Kenapa anda pula yang keberatan?" "Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim." "??@#$!!&##!!"

Lawatan Ringkas Ke Nursery 3

Imej
Ni lak mase kat nursery kedua...Cahaya Nursery... Nie footstep...cantik de bentuk daun... Yg nie penulis suka...amat la cantik...harganya, RM 130... Tu dia jurukamera upahan...Syarikat Mat Noq Guar Chempedak... Yg nie harganya RM 95... Yg nie RM 75... Putih itu suci...mmg menyerlah la...spe pkai konsep barat or klasik...mmg sesuai... Yg nie la model lanskap...mini lanskap... Nie je bunga2 yg menarik kat nursery nie... Haaaaa....yg nie kemaih sket...mcm dpt projek lanskap mega ja.... padahal lanskap kecik ja pon...besa la....spe xknal Hakim dgn Asma'... :-) Setakat itu je la lawatan kami...dan ini jela gmbr yg dapat ak ambil n kumpulkan....

Lawatan Ringkas Ke Nursery 2

Imej
Nie gambar yang sempat penulis ambil mase kat nursery pertama... Yang nie cantik sgt...harganya RM120++... Pasu nie pn cntik jgk...masuk2 je pasu nie yg paling menyerlah dan mendapat perhatian penulis...harnya mampu milik...RM12... Yg nie footstep...seakan2 kayu...klu diselang-selikan dgn batu bwarna putih, mmg masyukkkk...harganya RM18... Yg nie penulis xthu nama apa...tp kwn penulis ckp bunga Matahari...warnanya merah...harganya, penulis xsempat tnyer...gmbar je sempat amik... Yg nie pokok bunga renek...namanya penulis xthu...agak menarik la...pokok nie dlm 2 variasi, satu bunga warna purple, satu lg warna putih... Yg nie pokok keladi hiasan... Nie lak pokok hiasan dri famili palma...

Lawatan Ringkas Ke Nursery 1

Fuhhh...pnulis xsangka yang penulis dah wat lawatan yang terlalu ringkas ke nursery pagi td. Penulis dengan classmate (RBT A) dan lecturer kesayangan RBT A, Encik Nasir bertolak pukul 11 pagi menaiki bas Institut ke 2 buah nursery berhampiran. Nursery pertama adalah sebelah Bangunan TNB dekat bulatan. Agak besar dan memuaskanlah. Banyak jugak input2 yang boleh diperolehi. Lebih kurang sejam jugak la kami kat sana. Lepas tu, kami bergerak pulak ke sebuah lagi nursery yang berhampiran kat Dewan Wawasan. Maaf la penulis lupa nama tempat tu. Nama nursery tu penulis ingat, Cahaya Nursery. Tapi pemiliknya orang cina. Kat situ penulis dapat idea untuk air pancut yang akan penulis masukkan dalam lanskap kumpulan penulis akan wat masa amali nnt. Nasib baik nursery tu de wat beberapa model lanskap mini. Hahhhh....penat....ptg nnt de kelas lg....pada penulis, lawatan mcm nie mmg amat berguna. Proses P&P tak semestinye dlm kelas. Sewaktu P&P jgk kter bleh wat lawatan ringkat kat sekitar kw...

Hari Jadi Ke-17

Seorang anak bertanya pada ibunya. Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah? Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan. Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali? Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya. Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak? Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan. Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya. Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak? Mama : Tak boleh! Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh... Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick. Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please..... Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki...

Kenali Influenza A (H1N1)

Imej
Influenza, Selsema, Flu merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam , sakit tekak , sakit otot , sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk , kelesuan dan rasa tidak sedap badan . Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia , yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, i nfluen za adalah lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza. Golongan yang berisiko menerima influenza ialah: Pesakit diabetis mellitus. Mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah. Pesakit kardiovaskular. Pesakit buah pinggang. Pesakit dengan masalah sistem imun seperti pemyakit HIV. Mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ. Kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Dulu Influenza, Kini Pandemik

Imej
Influenza A subtype H1N1 mula menular pada pertengahan April 2009. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran tahap 3 pada mulanya penularan penyakit ini seterusnya kepada tahap 5 dan pada 11 Jun lalu WHO telah mengumumkan tahap penyakit tersebut kepada tahap tertinggi iaitu tahap 6. ini adalah pertama kali dalam sejarah penyakit dunia sejak tahun 1968. Pandemik ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas (merentasi benua). Dalam sejarah, penyakit yang dikategorikan sebagai pandemik ialah cacar, HIV, batuk kering, dan Influenza A H1N1. Menurut WHO, sesuatu penyakit boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila 3 syarat ini dipenuhi iaitu: Kemunculan penyakit baru dalam populasi. Ia menjangkiti manusia, menyebabkan sakit yang serius. Ia merebak dengan mudah dalam kalangan manusia. Pandemik bukan sahaja suatu penyakit yang menular dan membunuh ramai manusia tetapi ia mestilah sesuatu yang berjangkit. Dalam sejarah perubatan, ...

4 Langkah Tambahan Kerajaan Bendung Pandemik H1N1

Imej
Semalam Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (H1N1) telah memutuskan untuk mengambil empat lagi langkah tambahan dalam membendung penularan penyakit selesema babi. Antara langkah-langkah tersebut adalah: Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 ke pada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta. Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesem a babi. Enam kategori pesakit itu adalah wanita m engandung, obesiti, pesakit asma, pesakit paru-paru kronik, pesakit diabetes, dan pesakit yang mempunyai imuniti yang rendah. Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan. Menambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi. Menurut TPM, Tan Sri Muhyu...